29 April, 2017

28 April, 2017

Latihan Dengan Bola Baru

....Jumaat 28 April 2017, Ain berlatih menggunakan bola baru.. Baru sebab Ain tidak pernah guna bola itu sebelum-sebelum ni. Bola ni lebih keras dari bola yang Ain biasa guna. Sekali Ain baling..bola pi jauh daaa.....Justeru itu, kena latih Ain kontrol balingan apatah lagi bila jackball dalam posisi dekat, Nampak Ain masih belum biasa dengan bola ni...

26 April, 2017

Terapi Berkuda & sesi Asas Yoga

Rabu 19 & 26 April 2017...seperti biasa Ain menyertai program terapi berkuda. Seawal 9.30 pagi kami sudah berkumpul untuk sesi asas Yoga......usai sesi asas Yoga kami memulakan aktiviti terapi berkuda. Seperti biasa Ain menunggang Dart......Sesi rda 19 April Ain dibantu oleh seorang artis tahun 80an iaitu Gaya Zakri dan en. Terrance...
...usai aktiviti rda kami berkumpul di dalam pejabat rda bagi meraikan majlis 'Birthday' mama Amzar...kami makan pizza....yummy....

23 April, 2017

Rawatan Alternatif Hidroterapi Ais - entri Nota

Ais dan Tulang

Konsep Hidroterapi Ais ialah mengimbangi mikrob dengan membiarkan mikrob bekerja mengikut fitrah kejadiannya kerana mikrob memang telah sedia ada dalam tulang belakang.

Untuk lihat mikrob, periksa pada air tulang belakang. Jika tulang belakang menjadi panas, maka mikrob boleh merebak sampai ke otak.

Mengikut prinsip hidroterapi ais, penyakit ialah sejenis tenaga dan dalam mencari penyembuhan, tenaga penyakit itu perlu ditukar kepada suatu bentuk tenaga baru tetapi bukan dengan cara mematikan kuman.
Maksudnya, adalah silap jika tenaga dineutralkan dengan cara membunuh kuman itu.

Tulang, otot, darah, hormon dan sistem saraf adalah rahsia pertahanan dan kekebalan tubuh badan.

Jika tulang kuat, maka apa saja yang membungkus tulang itu juga menjadi sempurna.
Asasnya ialah tulang kerana tulang yang sihat menjadikan darah semakin bersih. Darah yang bersih merangsang rembesan hormon yang berkualiti, maka karektor juga akan menjadi semakin bagus kerana hormon mempengaruhi karektor.

Maksudnya, kekuatan tulang merupakan asas kepada kesihatan seluruh tubuh.

Jika mahukan darah yang cantik, tulang mestilah kuat. Jika darah tidak bersih, tulang tidak kuat kerana tulang ibarat terumbu batu karang di laut.

Oleh kerana batu karang itu sejuk maka tulang juga perlu sejuk. Jika batu karang hidup elok barulah air laut cukup masin. Apabila batu karang cukup sejuk barulah air laut itu cukup panas.
Air laut itu panas kerana ia masin. Begitulah mengikut fitrah alam yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.....

Tulang mempunyai suhu yang lebih rendah berbanding darah. Ini bermakna darah perlu cukup panas dan tulang perlu cukup sejuk.

Tulang kecil dalam telinga itu berfungsi untuk mengawal suhu badan dan keseimbangan terutama ketika demam.

Jika terlalu banyak masin, darah jadi terlalu panas, maka tulang menyerap haba itu kerana ia sejuk dan tulang yang paling sejuk ialah tulang sulbi. Jika dibakar sekali pun, tidak akan hangus tulang itu.

Tulang sulbi ialah tulang ekor yang mengawal sistem reproduktif. Kajian saintis mendapati testis juga memiliki suhu yang sangat rendah untuk mengawal tenaga hayat terhadap sperma.
Maksudnya, tulang yang sejuk apabila dibakar hanya menjadi hitam kerana ia terlampau sejuk. Semua ini ada dalam rahsia tulang......
Bagaimana merawat tulang?

Sebenarnya terapi tulang itu amat sinonim dengan proses Hidroterapi Ais. Rawatan mandian ais menjadikan tulang kuat. Jika tulang kuat, maka semua yang membungkus tulang itu juga menjadi kuat. Maksudnya, untuk mengembalikan tekanan tulang dan darah maka proses rendaman dalam ais perlu dilakukan.

Bagi orang yang sakit malaria atau denggi, suhu tulangnya mestilah diturunkan terlebih dahulu.
Ais dan garam dalam kuantiti yang banyak diperlukan untuk menurunkan suhu tulangnya dengan pantas. Tulang amat memerlukan kalsium.

Ais amat cepat memberi reaksi kepada tulang kerana kandungan jisim tulang terdiri daripada kalsium. Kajian sains juga mengukuhkan pembuktian bahawa ais amat bereaksi dengan kalsium berbanding air biasa. Maksudnya, ais membawa garam ke tulang kerana tulang memegang rahsia kalsium. Apabila ada kalsium maka elemen-elemen lain dalam tulang boleh terikat atau tersusun...

Kebaikan mandian ais

1. Memulihkan kecederaan otot dan tulang

Mandi ais boleh mengurangkan kesakitan otot sebanyak 20 peratus. Penyakit tulang seperti tulang rapuh dan sebagainya kebiasaanya memanaskan tulang serta melemahkan struktur tulang. Dengan mandi ais, suhu tulang akan dikurangkan serta menguatkan kembali tulang.

2. Membakar lemak

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, sel-sel lemak akan terbentuk untuk membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lemak yang lebih banyak membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya menjadikan tubuh lebih kurus.

3. Melancarkan peredaran darah

Oleh kerana suhu ais yang lebih rendah berbanding suhu badan, maka ia akan menyempitkan saluran darah dan meningkatkan kepekatan darah. Selain itu, mandi ais meningkatkan tenaga kerana ais membolehkan jantung mengepam darah dengan lebih aktif ke seluruh badan.

4. Bahan perencat untuk demam

Mandi ais menjadi penyembuh kepada demam serta pencegah jangkitan kuman. Menurut kajian, badan kita akan menghasilkan kadar metabolism yang tinggi semasa mandi ais kerana badan cuba menstabilkan suhu sejuk dari ais justeru mengaktifkan system imunisasi. Sekali gus, badan kita akan menghasilkan sel darah putih bagi melawan kuman dalam badan.

5. Baik untuk kulit

Mandian ais membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori serta mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, ais dapat menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit, menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

6. Mengembalikan semangat

Menurut kajian, mandi ais boleh merangsang titik biru dalam otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan iaitu noradrenaline. Justeru mandi ais dapat mengembalikan semangat dan menghilangkan stress.

22 April, 2017

Terapi/Rawatan Mandi Ais (HDI)

Khamis 20 April 2017 Ain mengunjungi Home Spa Ice Therapy untuk membuat terapi/rawatan mandian ais (HDI). Sebelum mandian ais kena mandi di kolam renang dulu. Air kolam renang ni ada dicampur garam untuk meleraikan radiasi dan banyak lagi khasiat garam dalam perubatan/rawatan......Usai mandi dalam kolam renang...Ain terus dibawa masuk ke bilik mandian ais. Macam biasalah mak Ain akan masuk sekali dalam tab mandian untuk membantu Ain. Proses HDI akan dibuat satu persatu...Bila ais di masukkan barulah terasa sejuk tapi Ain dapat menahan rasa sejuk..Alhamdulillah sebabnya Ain dah biasa mandi ais.
Harini aunty Zaharah yang mandikan Ain...HDI dijalankan selama 30 minit sahaja.
Sedikit rasa terkilan sebab gambar semasa mandian ais dilakukan ayah Ain tak ambil gambar mahupun video ...ayah cuma ambil gambar selepas mandian selesai...huuu frust sungguh rasanya...tak ada gambar atau video masa tengah mandi ais...saborrr jelaaa...

...Selesai membersihkan diri dengan bilasan air bercampur limau nipis. Sementara menunggu mak membeli beberapa produk keperluan Ain...Ain berehat sebentar di ruang tamu Home Spa . Kemudian kami pun beredar meninggalkan Home Spa. In Syaa Allah Ain akan datang lagi....

03 April, 2017

TERAPI PASIR

Ahad 2 April 2017, Ain menyertai aktiviti Kelab Terapi 1 Malaysia (KET1M) untuk aktiviti 'Terapi Pasir' di Port Dickson Negeri Sembilan. Lokasi yang kami pilih, berhadapan Hotel Seri Malaysia. Seawal jam 3 petang kami sudah berkumpul. Aktiviti disertai seramai 15 orang anak-anak Syurga termasuk Ain yang diketuai oleh Pengerusi KET1M iaitu encik Muthusamy Kandasamy...Jom kita ikuti rintitan peristiwa Terapi Pasir ini dari awal hingga selesai......Lihat! Betapa gigihnya ibubapa anak-anak Syuga ini. Masing-masing bergotong royong mengorek pasir......Sementara para bapa bertungkus lumus mengorek pasir, encik Muthu memberi taklimat tentang Terapi Pasir......Ain begitu teruja untuk menikmati terapi pasir ini sebab, sudah agak lama kami tidak membawa Ain membuat terapi ini.......Ain tetap bergaya dengan cerminmata hitamnya walaupun separuh badan dari pinggang hingga ke hujung kakinya berada di dalam pasir.......Usai Terapi Pasir kami menjamu selera dan diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan......Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Terapi Pasir ini. Malam itu Ain, mak dan ayah menginap di Hotel Seri Malaysia.