22 April, 2017

Terapi/Rawatan Mandi Ais (HDI)

Khamis 20 April 2017 Ain mengunjungi Home Spa Ice Therapy untuk membuat terapi/rawatan mandian ais (HDI). Sebelum mandian ais kena mandi di kolam renang dulu. Air kolam renang ni ada dicampur garam untuk meleraikan radiasi dan banyak lagi khasiat garam dalam perubatan/rawatan......Usai mandi dalam kolam renang...Ain terus dibawa masuk ke bilik mandian ais. Macam biasalah mak Ain akan masuk sekali dalam tab mandian untuk membantu Ain. Proses HDI akan dibuat satu persatu...Bila ais di masukkan barulah terasa sejuk tapi Ain dapat menahan rasa sejuk..Alhamdulillah sebabnya Ain dah biasa mandi ais.
Harini aunty Zaharah yang mandikan Ain...HDI dijalankan selama 30 minit sahaja.
Sedikit rasa terkilan sebab gambar semasa mandian ais dilakukan ayah Ain tak ambil gambar mahupun video ...ayah cuma ambil gambar selepas mandian selesai...huuu frust sungguh rasanya...tak ada gambar atau video masa tengah mandi ais...saborrr jelaaa...

...Selesai membersihkan diri dengan bilasan air bercampur limau nipis. Sementara menunggu mak membeli beberapa produk keperluan Ain...Ain berehat sebentar di ruang tamu Home Spa . Kemudian kami pun beredar meninggalkan Home Spa. In Syaa Allah Ain akan datang lagi....

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...