29 Mei, 2017

Entri Eksklusif

Alhamdulillah, amanah yang dititipkan cuba dijaga dengan sebaik mungkin. Terkadang lelah datang jua bertandang namun rasa kasih dan sayang, mengatasi segala. Semoga saya tetap sabar, tabah dan kuat untuk terus menjaga dan mengasuh Ain. Juga semoga saya beroleh kesihatan yang baik untuk terus menjaga amanah dariNYA ini, aamiin.....Gambar-gambar penulis blog semasa Ain berlajar di PKKI (Persatuan Kanak-kanak Istimewa) Ulu Langat, Cheras...Diikuti pula gambar-gambar santai..... ...Gambar-gambar semasa kursus 'O Level', aktiviti terapi berkuda, sekolah, boccia, menyelam (scuba), hidroterapi ais dan aktiviti umum....................................

....Harapan saya, semoga satu hari nanti saya dapat menyudahkan menuskrip 'Ain - Kau Yang Teristimewa' (Kehidupan ini bagaikan warna warni pelangi)....satu wadah perjuangan mengasuh dan membesarkan seorang insan yang bagiku sangat istimewa...Mudah-mudahan, Allah mempermudahkan saya untuk berkarya...aamiin.