17 Jun, 2017

Sekitar Sesi Lelongan Lukisan Hasil Kerja Anak-Anak CP - GAPS

Isnin 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan 1438 sempena cuti Hari Nuzul Al-Quran..berlangsung majlis 'Rantaian Kasih' bersama Skuad Terima Kasih bertempat di Concourse Suria KLCC yang di hoskan Ally Iskandar. Di majlis ini kesemua lukisan yang dihasilkan oleh Ain dan anak-anak CP GAPS dilelong untuk tujuan amal. Alhamdulillah...lukisan hasil kerja Ain antara 3 buah lukisan yang telah dibida dengan nilai RM10 ribu oleh pihak KLCC sendiri.......Sebuah lukisan lagi telah dibeli oleh artis Ayda Jebat dengan harga RM300......Alhamdulillah inilah sumbangan kecil yang dapat kami berikan. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi merialisasikan tujuan amal ini...

12 Jun, 2017

Swimming Lagi

...Ahad 11 Jun 2017 bersamaan 16 Ramadhan 1438 saya membawa Ain ke Home Spa Ice Therapy untuk berenang di kolam renang air bergaram. Usai berenang dan membeli produk CVT yang Ain perlukan....kamibterus je balik ke rumah.

11 Jun, 2017

Jom Sama-sama Kita Bermuhasabah Diri

...Sesungguhnya, sehebat manapun seseorang itu...dia masih memerlukan orang lain........dan sesungguhnya jua, Ajal itu pasti!!! Justeru itu, berusahalah untuk mati dalam iman........
........

10 Jun, 2017

Ain Mencanting

Alhamdulillah...Ain kelihatan teruja dan berminat untuk mewarna/mencanting. Tangan Ain nampak sudah semakin lembut mengolah pergerakan berusnya. Jika selalu berlatih pasti Ain boleh menghasilkan hasil lukisan canting yang lebih menarik lagi  ...
 
.......Ini dia hasil lukisan canting Ain yang dibantu dengan arahan untuk dia mewarna keseluruhan gambar. Tona warna tu olahan dari berus Ain...tidak dibantu.

09 Jun, 2017

Terapi Berkuda di Bulan Ramadhan

Rabu 7 Jun 2017 (12 Ramadhan 1438) Ain meneruskan terapi berkuda di RDA POLO Club Ampang. Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan terapi berkuda hari ini. Seperti biasa Ain menunggang Dart......Melihat posisi badan Ain dari belakang. Alhamdulillah nampak tegak dan lurus. Kelihatan Ain memperbetulkan posisi duduknya. Good job Ain......Posisi keadaan Ain semasa pergerakan kuda nampak baik cuma kepalanya hari ini suka teleng ke kiri dan sesekali badan ke belakang. Keseluruhannya memuaskan......Sebelum aktiviti terapi tamat, sedikit stretching exercises (senaman regangan) dijalankan. Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan jayanya. We happy..











08 Jun, 2017

Aktiviti GAPS Malaysia Bersama Skuad Terima Kasih Media Prima - Part 1

....Rabu, 31 Mei 2017 bersamaan 5 Ramadhan 1438 Ain menyertai aktiviti GAPS Malaysia bersama Skuad Terima Kasih Media Prima di Step And Smile, Plaza Damas 3, Sri Hartamas Kuala Lumpur. Hari ini Ain dan kawan-kawannya akan mendengar pembacaan cerita menggunakan Braille Teks dari wakil Persatuan Orang Buta Malaysia.....gelagat krew dan gambar Ustaz Fakhrul dengan Fiza Sabjahan bersama sampul duit raya GAPS Malaysia......Usai aktiviti bercerita kami bergambar kenang-kenangan sesama kami (GAPS Malaysia) dan bersama krew Skuad Terima Kasih.............
...Berpossing dengan Fiza (Pengacara WHI TV3) dan Ustaz Fakhrul Unic......Di bawah ini pula ialah gambar snap dari rancangan siaran TV...

Aktiviti GAPS Malaysia Bersama Skuad Terima Kasih Media Prima - Part 2

 
...Selasa, 6 Jun 2017 bersamaan 11 Ramadhan 1438 Ain sekali lagi menyertai aktiviti GAPS Malaysia bersama Skuad Terima Kasih Media Prima di Step And Smile, Plaza Damas 3, Sri Hartamas Kuala Lumpur. Hari ini Ain dan kawan-kawannya akan melukis dan hasil lukisan itu akan dijual oleh pihak Skuad Terima Kasih di KLCC pada 12 Jun 2017......Seorang krew sedang memasangkan Pin Terima Kasih pada Ain...terlupa pula nak tanya namanya......Aktiviti melukis ini sangat meriah, semua terlibat termasuk krew. Masing-masing tekun mewarna mengikut kreativiti dan bakat masing-masing...Jom kita lihat gambar-gambar berikut dan biar gambar yang menceritakannya......Selesai mewarna kami semua berpossinglah naa.....Ini pula gambar-gambar dari siaran WHI TV3......Berikut gambar-gambar Ain possing di rumah......Jutaan terima kasih kepada Skuad 'Terima Kasih', GAPS Malaysia, Step And Smile. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini. Terima kasih daun keladi naaaa...