ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
17 Jun, 2017
Sekitar Sesi Lelongan Lukisan Hasil Kerja Anak-Anak CP - GAPS
Isnin 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan 1438 sempena cuti Hari Nuzul Al-Quran..berlangsung majlis 'Rantaian Kasih' bersama Skuad Terima Kasih bertempat di Concourse Suria KLCC yang di hoskan Ally Iskandar. Di majlis ini kesemua lukisan yang dihasilkan oleh Ain dan anak-anak CP GAPS dilelong untuk tujuan amal. Alhamdulillah...lukisan hasil kerja Ain antara 3 buah lukisan yang telah dibida dengan nilai RM10 ribu oleh pihak KLCC sendiri.......Sebuah lukisan lagi telah dibeli oleh artis Ayda Jebat dengan harga RM300......Alhamdulillah inilah sumbangan kecil yang dapat kami berikan. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi merialisasikan tujuan amal ini...