09 Jun, 2017

Terapi Berkuda di Bulan Ramadhan

Rabu 7 Jun 2017 (12 Ramadhan 1438) Ain meneruskan terapi berkuda di RDA POLO Club Ampang. Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan terapi berkuda hari ini. Seperti biasa Ain menunggang Dart......Melihat posisi badan Ain dari belakang. Alhamdulillah nampak tegak dan lurus. Kelihatan Ain memperbetulkan posisi duduknya. Good job Ain......Posisi keadaan Ain semasa pergerakan kuda nampak baik cuma kepalanya hari ini suka teleng ke kiri dan sesekali badan ke belakang. Keseluruhannya memuaskan......Sebelum aktiviti terapi tamat, sedikit stretching exercises (senaman regangan) dijalankan. Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan jayanya. We happy..