01 Julai, 2017

Ke Kedah Meraikan Majlis Persenaliti TV

...Seawal pagi Khamis 29 Jun 2017 bersamaan 5 Syawal 1438...Ain sekeluarga bertolak menuju Kedah Darul Aman bagi meraikan majlis kenalan yang banyak berjasa kepada anak-anak CP. Sepanjang perjalanan kami mengharungi hujan yang sekejap turun sekejap berhenti. Walau bagaimanapun perjalanan kami berjalan lancar dan selamat sampai ke rumah pengantin setelah mendapat kiriman lokasi dari pengantin. Kami sampai saat hujan turun lebat maka berpayunglah kami. Walau bagaimanapun, tidak menjadi hal sebab gembira dapat hadir ke majlis ni......Setelah menemui bapa dan kakak pengantin..kami dijemput menjamu selera. Selok usai makan rombungan pengantin sampai. Jom kita tengok gambar-gambar sepanjang majlis ni yang sempat kami snap......Alhamdulillah sebelum beredar untuk balik kami berkesempatan bergambar bersama pengantin. Terima kasih atas kesudian pengantin datang ke tempat duduk Ain semata-mata jumpa dan bergambar dengan Ain sebab laluan tak berapa sesuai untuk membawa Ain menemui pengantin di pelamin......Kami doakan semoga pasangan pengantin Sharkawi & Noridayu bahagia berkekalan hingga ke Jannah aamiin...Jam 2 lebih kami beredar dari majlis dan singgah rumah saudara di Seberang Jaya. Alhamdulillah biarpun meredah jam yang panjang kami selamat sampai ke rumah dalam jam 10 malam.