Sesi memanaskan badan... ______________________________
...Meskipun hari masih hujan namun seawal pagi Sabtu 26 Ogos 2017 Ain dan saya keluar rumah untuk bersama beberapa Atlet Boccia Selangor menyertai perlawanan persahabatan dengan team Boccia Kebangsaan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur. Acara yang dipertandingan...BC-3, Pare BC-4 dan Team gabungan BC-1 dan BC-2 ..Perlawanan kali ini, Boccia Selangor tidak diwakili pemain-pemain utama kami iaitu Shahrul (BC-1), Dale (BC-2) dan Farid (BC-4) kerana mereka telah dipilih mewakili pasukan Boccia Kebangsaan untuk Pertandingan Para Asean yang akan berlangsung pada bulan September di mana Malaysia menjadi tuan rumah......Semasa acara BC-3 berlangsung saya sempat berbincang dengan kapten team Boccia Selangor iaitu Salehudin untuk kelancaran permainan team kami...Ini adalah pengalaman pertama perlawanan tanpa pemain-pemain utama kami.......Kali ini kami berhadapan dengan kesukaran kerana tahun ini kami belum membuat latihan secara berpasukan, malah ada atlet yang belum pernah berlatih bersama kami. Atlet yang terlibat untuk team Boccia Selangor...Ain, Amir, Hakim, Kesava dan Saleh... Kesava merupakan atlet baru kami........Alhamdulillah, walaupun team kami kalah tetapi kami telah mendapat pengalaman yang sangat berharga. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perlawanan persahabatan ini. Sebelum pulang kami mengambil gambar kenang-kenangan dan makan tengahari di sana....ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
26 Ogos, 2017
24 Ogos, 2017
Training Lagi Dan Lagi
21 Ogos, 2017
Ziarah abang-abang Boccia Selangor di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan KL
15 Ogos, 2017
Training Lagi
13 Ogos, 2017
Ativiti Ain Pagi & Petang
...Ahad 13 Ogos 2017, sebelah paginya Ain menghadirkan diri kelas pertuturan di Sri Hartamas anjuran GAPS Malaysia. Manakala di sebelah petang pula Ain swimming di Home Spa Ice Therapy, Seksyen 11 Shah Alam..._____
Label:
Akt.Bersama NGO CP
,
CVT@HOMESPA
Langgan:
Catatan
(
Atom
)