05 Oktober, 2017

Sesi Terapi Berkuda - Ada Tetamu Siswa dari Airlanggar Surabaya

Rabu 4 Oktober 2017 Ain dan rider rda group Rabu memulakan aktiviti terapi berkuda selepas rehat sebulan. Hari ini aktiviti kami disertai oleh dua orang siswa kos Fizio Terapi dari Surabaya Indonesia..salah seorangnya bernama Firdaus...Hari ini semua bersemangat dan saya sendiri turut turun padang lead kuda (Purdita)......Ain menunggang Durtrion yang dikendalikan oleh artis Gaya Zakri. Gaya sering kali juga turun padang sebagai sukarelawan aktiviti RDA kami, TQVM Gaya.........Saya juga sempat possing bersama Purdita dalam arena......Sebelum balik kami bergambar beramai-ramai di luar arena..._____