Alhamdulillah, semalam Isnin 18 Disember 2017, bola boccia Ain sampai. Semua urusan pembelian berjalan dengan lancar dan mudah. Ain sendiri pergi mengambil bola di Pos Malaysia International HUB.....
Ain cukup teruja dengan bola miliknya......Semoga dengan adanya bola milik sendiri ini, Ain bisa memperbaiki dan mempertingkatkan kemahiran permainannya, aamiin. Bola dibeli dari sumber kumpulan duit elaun OKU dan ditambah oleh ayah Ain. Syukur Alhamdulillah.
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...