13 Disember, 2018

Rawatan Alternatif di HomeSpa Ice Therapy/CVT

Rabu 12 Disember 2018...Hari ini saya membawa Ain ke Home Spa Ice Therapy untuk rawatan alternatif...mandi di kolam air bergaram dan mandian ais (hdi).
Alhamdulillah, Ain sudah kembali sihat dan bersemangat. Seronok tengok kakinya banyak bergerak (berenang)..tangan juga.
Ini yang buat mak bersemangat nak belajar berenang dengan teknik yang betul...nanti boleh ajar Ain pula.
Demi anak istimewa...ramai ibu-ibu yang sanggup buat apa saja..asal ianya bermanfaat pada anak.
Semoga dipermudahkan, aaamiin.

04 November, 2018

Sesi Terapi Berenang

Ahad 4 November 2018...kami group Boccia Selangor meneruskan rutin berenang kami. Macam biasa Ainlah yang terlebih enjoy......Seperti biasa juga, Ain akan memerhatikan aktiviti scuba. Dia akan leka memerhatikan aktiviti ini......Kami juga sempat bergambar dengan peserta-peserta scuba OKU dari PPUM........
   
...Tuu diaa..Berenang-berenang, sudahnya Ain dok pegi ke tempat aktiviti scuba...saborrr jelaaa mak dengan gelagat Ain ni...

02 November, 2018

Entri Exklusif - Versi Ain Kau Yang Teristimewa.

Apa itu Cerebral Palsy (CP)? 
Saya percaya masih ramai lagi masyarakat di luar sana yang tidak mengetahui CP itu apa. Justeru itu, saya dan Ain menyertai projek anjuran GAPS (Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum) dengan kerjasama Dato' Dr.Arunan Selvaraj untuk kempen kesedaran tentang individu cerebral palsy (CP) dan GAPS...Projek ini dinamakan‘Stronger Together'
Projek ini juga membawa visi mengumpul dana bagi nenubuhkan pusat sehenti untuk intervensi, pendidikan, pemulihan, penjagaan dan penyelidikan serta pembangunan untuk palsi serebrum....
Selain anak-anak CP dan ibubapa..beberapa orang artis turut meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan kempen ini. Artis yang terlibat Dato' Hans Isaac, Sazzy Falak dan Datuk Zainal Abidin serta teams Dato' Dr.Arunan. Aktiviti dimulai dengan photoshoot di Rumah Arunan & Associates dan di rooftop Wisma AIA pada 29 September 2018......Kemudian diikuti pula acara 10 to 1 Obstancle Challenge di Eagle Ranch Resort Port Dickson pada 27 Oktober 2018..._...Aktiviti terakhir pada Khamis 1 November 2018, Photoshoot di Aku Sembunyi......Acara kemuncak ialah Charity Dinner yang akan diadakan pada 15 November 2018 di Royal Selangor Club, Dataran Merdeka. Senarai harga meja bagi 10 orang adalah seperti di dalam poster...
Oleh yang demikian, kepada organisasi dan individu yang sudi membeli/menyumbang/menaja meja untuk makan malam amal ini..boleh membuat bayaran melalui cek atau pemindahan dalam talian ke Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum - Maybank: No. Akaun 564892125691. Setelah pembayaran dilakukan, sila hantar slip pembayaran ke suleka86@gmail.com.
Semua hasil daripada majlis ini akan disalurkan kepada GAPS.