ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
04 Februari, 2018
Frame Football Training
Sabtu 3 Februari 2018, untuk sekian kalinya Ain menyertai training Frame Football bersama team FF Gaps. Bukan main happy dan bersemangatnya Ain bila dapat berjalan sambil bermain bola..padahal sejak petang Jumaat Ain kurang sihat. Badannya agak panas...mulai demam dan selsema......Alhamdulillah, Ain dapat memahami dan mengikuti arahan dari coach mr. Sunny Shalesh. Gerakan yang di arahkan dapat Ain lakukan. Sementara itu Ain sempat juga bermain pas-pas bola dengan Arissa......Bila penat, semua berehat sambil mendengar arahan seterusnya dari jurulatih......Jam 5 perang kami terpaksa menamatkan latihan kerana ada pelanggan lain pula nak menggunakan gelanggang itu......