19 Februari, 2018

Santai Bersama Keluarga Pak Su

Ahad 18 Februari 2018, Ain bersama ayah dan emak serta keluarga paksu Zakaria berkelah di pantai Bagan Lalang Morib. Ain sempat mandi laut, begitu juga anak-anak paksu..Amira, Aisyah dan Imran......Usai mandi kami makan tengahari di restoran Ayam Bakar Pasu. Lauk pilihan kami, ayam bakar pasu, gulai lemak itik salai, masak tumis pahat, gulai asam pari, ikan cencaru bakar dan ulam pegaga. Airnya, air sirap. Selesai makan kami solat di masjid bersebelah restoran berkenaan.....Saya sempat mengambil gambar bagaimana memasak ayam bakar pasu.......Sebelum balik ke rumah masing-masing, kami singgah pula minum cendol durian di jalan menghala ke Klang. Alhamdulillah, semoga kami berkesempatan lagi untuk berkumpul dan jalan-jalan dengan paksu sekeluarga bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang telah terpisah bertahun-tahun lamanya akibat penceraian arwah atok dan arwah opah Ain sebelah ayah...

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...