30 Mac, 2018

Terapi Berkuda - versi pakai cermin mata

...Rabu 28 Mac 2018, meneruskan rutiterapi berkuda. Hari ini Ain pakai cerminmata...coel kan!!!......Saya turut membantu Izmeer dan Janna.....TQVM kepada semua yang terlibat menjayakan terapi berkuda hari ini.

25 Mac, 2018

Training Frame Football

Sabtu 24 Mac 2018, sekali lagi Ain menyertai aktiviti latihan GAPS Frame Football...........Pada peringkat awal-awal pihak penganjur FF mempelawa saya/Ain sertai FF...saya sebagai ibu Ain agak keberatan dan rasa cuak utk libatkan Ain dengan FF ni kerana semasa itu Ain hanya mampu berjalan dengan jarak terhad dan imbangan badan juga kurang baik. Ain masih bergantung dengan kerusi roda hingga sekarang.
Ketika itu juga Ain terikat dengan program training Boccia setiap hari Sabtu dan Ahad.
Justeru itu saya bimbang tidak boleh beri komit pada FF.
Tetapi pada penghujung tahun 2017 saya terbuka hati untuk libatkan Ain dengan FF kerana setiap kali sesi fizio terapi di PPUM Ain sering melakukan aktiviti berjalan dan aktiviti sepak-sepak bola. Jadi...why not Ain join FF...
Know setiap kali sesi training FF Ain enjoy and happy sangt. Ain sangat teruja dengan aktiviti FF...

22 Mac, 2018

Dressage Psyical Challenge RDA POLO Club Ampang


Rabu 21 Mac 2018 RDA Malaysia menganjurkan pertanding Physical Challenge Dressage di Royal Selangor Polo Club. Seramai 16 anak-anak istimewa menyertai pertandingan ini......Ini merupakan detik-detik giliran Ain untuk bertanding......Ain di dalam arena..
......Keputusan pertandingan ini, Janna mendapat tempat pertama, Izmeer tempat kedua dan Ain mendapat tempat ketiga. Tahnih kepada ketiga-tiga special rider...
.


............Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan yang terlibat bagi menjayakan pertandingan ini. Ada yang berasal dari Brazil, Filipina, Belanda, Denmark dan Malaysia termasuklah saya......Sampai di rumah Ain possing lagi, hihihi....