22 April, 2018

Ain Dengan Aktiviti Berenang di Home Spa Ice Therapy

Hari ni Ahad 22 April 2018,saya berkesempatan membawa Ain berenang di kolam renang air bergaram Home Spa Ice Therapy.
Di sini juga ada rawatan alternatif Terapi Ais (hdi) dan urutan.
Sesiapa yang berminat, bolehlah datang terus ke alamat ini...
No.28, Jalan Tarian 11/2,
Seksyen 11, Shah alam,
Selangor
atau_______
hubungi 03-55237153....

_____ ..Ain mengapongkan diri tanpa pelampong...Alhamdulillah, dia sudah semakin yakin/berani...

17 April, 2018

Aktiviti Frame Football Bersama NGO/GAPS

Setiap petang Sabtu (Mengikut Jadual yang ditetapkan), Ain akan menyertai latihan Frame Football (FF) bersama team GAPS. Aktiviti berlangsung di Forum 19 PJ dari jam 4 petang hingga 5 petang- disertai anak-anak istimewa CP dibawah bimbingan jurulatih encik Sunny Shalesh dan dibantu oleh beberapa sukarelawan. Di sini saya gabungkan gambar-gambar semasa latihan Frame Football ...Sabtu 7 & 14 April 2018...yang turut disertai sukarelawan dari pelajar-pelajar UNIKL...____________________________________________________________Aktiviti FF Sabtu 14 April 2018.........TQVM kepada semua yang terlibat. Semua orang happy, Alhamdulillah...

13 April, 2018

Sesi Training Terkini

Khamis, 12 April 2018..Ain melaksanakan sesi training bersama Nurul Ain. Nurul Ain merupakan pemain baru Persatuan Boccia Selangor.. Nurul Ain juga dalam katagori BC2 seperti Ain...........Selepas Nurul Ain balik, Ain meneruskan sesi training bersendirian..
 
...Sebelum beredar meninggalkan dewan PBS..pastinya Ain possing..hihihi...