ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
08 April, 2018
Menyaksikan Malaysia - Indonesia Boccia Friendly
Hari ini Sabtu 7 April seawal pagi saya dan Nur Ain menghadirkan diri di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur untuk menyaksikan Malaysia - Indonesia Boccia Friendly. Kapten Boccia Selangor Shahrul (BC1) turut terlibat...