15 Mei, 2018

Training Boccia Lagi - 14 & 15 Mei 2018


Tanggal 14 & 15 Mei 2018 (Isnin & Selasa) Ain bersama beberapa orang pemain turun training di dewan training PBS...
Isnin 14 Mei...
Selasa 14 Mei...
Video balingan Ain....
 

13 Mei, 2018

Anugerah Kenangan Nur Ain 2005 - Mei 2018.

Anugerah kenangan dari tahun 2005 hingga kini...dari Ain berusia 8 tahun hingga sekarang 21 tahun...Anugerak yang dimiliki dari aktiviti sekolah, aktiviti Terapi Berkuda (RDA), aktiviti sukan Bocciaa dan aktiviti-aktiviti umum (NGO).
Buat diri saya...saya sentiasa memberikan ruang dan peluang buat Ain untuk menyertai.. mencuba semua aktiviti yang. Saya sentiasa memberi kata-kata semangat Ain "Ain Boleh!". Saya ajar Ain berjiwa besar.
Bagi saya ibubapa kepada anak-anak istimewa mesti berfikir positif untuk anak-anak istimewa mereka sama seperti anak- anak biasa kerana mereka juga ada hati dan perasaan.. Mereka juga ada keinginan seperti orang lain.
Malah...Jika dibimbing dengan sungguh-sungguh..mereka bisa menjadi seorang insan yang 'Luar biasa'....In Shaa Allah....
aamiin.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat merialisasikan kebolehan dan keupayaan Ain...Tqvm.
Semoga Ain akan lebih berjaya dan cemerlang untuk masa kehadapan...aamiin...

06 Mei, 2018

Terapi Berkuda + aktiviti

Rabu, 18 April 2018...saya sangka minggu ini juga tiada gambar Ain semasa melakukan aktiviti terapi berkuda seperti Rabu minggu lepas...rupa-rupanya ada. Alhamdulillah...ada juga gambar walaupun agak kelewatan mendapatnya, janji ada juga gambar untuk membolehkan saya melihat keadaan Ain semasa membuat aktiviti terapi berkuda. Terima kasih mummy Janna tolong snap gambar-gambar Ain...Alhamdulillah......Hari ini disertai aktiviti meletakkan bola atas kon dan membaling bola ke dalam gelong....Ain dapat melakukan aktiviti dengan baik dan Ain enjoy......Tqvm kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti hari ini...en. Muthu, volunteers dan parents yang turut turun padang termasuk saya. Tqvm RDA Malaysia....

PBS Bersama Peserta i-Talents

Sabtu 5 Mei 2018 kami Persatuan Boccia Selangor mengatur sesi penilaian semula peserta i-talents dengan puan Genny pegawai pakar penilai katagori pemain boccia Peserta yang terlibat sepatutnya seramai tujuh orang, tetapi yang hadir cuma lima orang sahaja. Ain dan beberapa orang pemain PBS juga turut hadir meraikan kehadiran bakal-bakal pemain PBS......Dari lima peserta itu, seorang saja yang tidak lulus...