13 Mei, 2018

Anugerah Kenangan Nur Ain 2005 - Mei 2018.

Anugerah kenangan dari tahun 2005 hingga kini...dari Ain berusia 8 tahun hingga sekarang 21 tahun...Anugerak yang dimiliki dari aktiviti sekolah, aktiviti Terapi Berkuda (RDA), aktiviti sukan Bocciaa dan aktiviti-aktiviti umum (NGO).
Buat diri saya...saya sentiasa memberikan ruang dan peluang buat Ain untuk menyertai.. mencuba semua aktiviti yang. Saya sentiasa memberi kata-kata semangat Ain "Ain Boleh!". Saya ajar Ain berjiwa besar.
Bagi saya ibubapa kepada anak-anak istimewa mesti berfikir positif untuk anak-anak istimewa mereka sama seperti anak- anak biasa kerana mereka juga ada hati dan perasaan.. Mereka juga ada keinginan seperti orang lain.
Malah...Jika dibimbing dengan sungguh-sungguh..mereka bisa menjadi seorang insan yang 'Luar biasa'....In Shaa Allah....
aamiin.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat merialisasikan kebolehan dan keupayaan Ain...Tqvm.
Semoga Ain akan lebih berjaya dan cemerlang untuk masa kehadapan...aamiin...