ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
27 Jun, 2018
Terapi Berkuda Pertama Selepas Cuti Sebulan (Sempena Puasa)
Rabu 27 Jun 2018...kami memulakan semula aktiviti terapi berkuda selepas cuti rehat selama sebulan kerana bulan Ramadhan (puasa). Bukan main terujanya Ain hendak naik kuda...Ain menunggang Dart...kuda yg sentiasa memberi kerjasama dengan Ain setiap kali aktiviti terapi berkuda......Sebelum itu, En.Muthu dan pembantunya menyiapkan arena untuk aktiviti hari ini. Ain hanya memerhati saja manakala saya pula membantu passing barang-barang dr luar arena......Aktiviti hari ini turut dibantu oleh volunteers dari UTM Johor yang sedang berkursus berkaitan terapi berkuda di sini. Seperti biasa saya juga turut padang menjadi sidewalk dan lead Purdita......Selesai aktiviti, kami meraikan sambutan Birthday rakan rider (Amzar)......Juadah yang disediakan mummy Amzar..mehoon goreng, rendang ayam, roti jala bersama kuah kari dan sudah pastinya ada kek. Kesemuanya yummy. Tqvm mummy Amzar dan tqvm juga kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti hari ini
26 Jun, 2018
Langgan:
Catatan
(
Atom
)