31 Julai, 2018

Terapi Pasir di Kem KET1M

...Seawal pagi 29 Julai 2018, Ain bersama anak-anak istimewa lain, Ibubapa dan team KET1M berkumpul di pantai teluk batik untuk aktiviti terapi pasir. Ini merupakan aktiviti terapi pasir Ain yang kedua bersama KET1M. Bukan main teruja Ain nak main pasir...Jom kita tonton video dan lihat gambar-gambar berikut.......
......Usai terapi pasir kami mandi manda di laut..bermain alunan ombak. Happy je Ain setiap kali dilambung ombak......Memandangkan kami basah...kami balik ke hotel dengan berjalan kaki saja, lagipun jarak pantai dengan hotel tidak jauh mana pun...

30 Julai, 2018

Terapi Berkuda Bersama Pelajar Chiang Mai University Thailand

Selasa 24 Julai 2018 kami RDA menerima kunjungan wakil Fakulti Sains Kesihatan UKM, Malaysia bersama group physiotherapy seramai 10 orang pelajar Chiang Mai University, Thailand yang diketuai Dr. Araya Yankai...Turut hadir YBhg Tan Sri Dato Sri Dr.Abdul Aziz Rahman, President RDA Malaysia......Sesi taklimat ringkas dari encik Muthu dan parents termasuk saya. Selepas itu kami memulakan sesi terapi berkuda......Berikut adalah sesi membetulkan posisi duduk Ain. Biasanya Ain akan memberikan kerjasamanya walaupun ada ketikanya Ain buat degil dia dan ada juga momen-momen kelucuan yang Ain buat. Jom tengok gambar-gambar berikut ini...___Sesi terapi diteruskan___....Sebagai penutup aktiviti terapi berkuda, beberapa orang pelajar dari Thailand diberi kesempatan naik kuda......Sesi bergambar beramai-ramai...