19 Ogos, 2018

Sesi Training Frame Football

Sabtu 18 Ogos 2018, Sesi training frame football selama 1 jam dari 4 petang hingga 5 petang di Forum 19 PJ. Hari ini pelajar-pelajar dari UNIKL & SMKBBS Volunteers menyertai aktiviti kami. Seperti biasa setiap kali sesi training Frame Footbal Ain kelihatan teruja dan bersemangat sungguh......Ain kelihatan semakin berkeyakinan cuma masih perlu memahirkan diri untuk kontrol tayar depan walkernya. Mesti berlatih menendang lebih kuat. Juga fokus pada bola. Setakat ini..arahan- arahan Ain bisa memahami..tapi masih belum boleh mengatasi ketangkasan adik-adik yang sudah kuat berjalan dan berlari...lantaran kaki kiri Ain belum cukup kuat...
...
...Hari ini Ain diberi peluang berada dalam kumpulan adik-adik yang bergerak pantas dan ini sungguh menguji keupayaannya, tetapi ianya lebih membantu Ain untuk lebih agresif...
...Usai training kami bergambar kenangan dan diikuti acara menerima cenderahati......Sampai di rumah Ain berbaring kerana kepenatan...