02 November, 2018

Entri Exklusif - Versi Ain Kau Yang Teristimewa.

Apa itu Cerebral Palsy (CP)? 
Saya percaya masih ramai lagi masyarakat di luar sana yang tidak mengetahui CP itu apa. Justeru itu, saya dan Ain menyertai projek anjuran GAPS (Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum) dengan kerjasama Dato' Dr.Arunan Selvaraj untuk kempen kesedaran tentang individu cerebral palsy (CP) dan GAPS...Projek ini dinamakan‘Stronger Together'
Projek ini juga membawa visi mengumpul dana bagi nenubuhkan pusat sehenti untuk intervensi, pendidikan, pemulihan, penjagaan dan penyelidikan serta pembangunan untuk palsi serebrum....
Selain anak-anak CP dan ibubapa..beberapa orang artis turut meluangkan masa bersama-sama bagi menjayakan kempen ini. Artis yang terlibat Dato' Hans Isaac, Sazzy Falak dan Datuk Zainal Abidin serta teams Dato' Dr.Arunan. Aktiviti dimulai dengan photoshoot di Rumah Arunan & Associates dan di rooftop Wisma AIA pada 29 September 2018......Kemudian diikuti pula acara 10 to 1 Obstancle Challenge di Eagle Ranch Resort Port Dickson pada 27 Oktober 2018..._...Aktiviti terakhir pada Khamis 1 November 2018, Photoshoot di Aku Sembunyi......Acara kemuncak ialah Charity Dinner yang akan diadakan pada 15 November 2018 di Royal Selangor Club, Dataran Merdeka. Senarai harga meja bagi 10 orang adalah seperti di dalam poster...
Oleh yang demikian, kepada organisasi dan individu yang sudi membeli/menyumbang/menaja meja untuk makan malam amal ini..boleh membuat bayaran melalui cek atau pemindahan dalam talian ke Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum - Maybank: No. Akaun 564892125691. Setelah pembayaran dilakukan, sila hantar slip pembayaran ke suleka86@gmail.com.
Semua hasil daripada majlis ini akan disalurkan kepada GAPS.