13 Disember, 2018

Rawatan Alternatif di HomeSpa Ice Therapy/CVT

Rabu 12 Disember 2018...Hari ini saya membawa Ain ke Home Spa Ice Therapy untuk rawatan alternatif...mandi di kolam air bergaram dan mandian ais (hdi).
Alhamdulillah, Ain sudah kembali sihat dan bersemangat. Seronok tengok kakinya banyak bergerak (berenang)..tangan juga.
Ini yang buat mak bersemangat nak belajar berenang dengan teknik yang betul...nanti boleh ajar Ain pula.
Demi anak istimewa...ramai ibu-ibu yang sanggup buat apa saja..asal ianya bermanfaat pada anak.
Semoga dipermudahkan, aaamiin.