16 Mac, 2019

Throwback Terapi Berkuda

Sekadar coretan pengalaman dari lubuk hati... 14 tahun yang lalu aktiviti terapi berkuda (RDA)ini hanya diketahui sebilangan kecil NGO dan PPKI saja. Dari kalangan orang-orang awam terapi ini sangat sedikit yang mengetahuinya. Biasanya yang menyertai terapi ini adalah murid-murid masalah pembelajaran pendidikan khas dan pelatih-pelatih dari pihak NGO...
sedikit saja anak-anak CP seperti Ain Ramadhania diberi peluang melibatkan diri.
Tetapi...dengan info dari pihak-pihak tertentu dan berkat usaha kami serta dengan izinNYA...Ain diterima menyertai terapi ini... ...Mei 2005 Ain memulai sesi terapinya di RDA MAFEC dengan menumpang slot RDA Sek.Keb. Lelaki Jln. Batu Kuala Lumpur. Hanya Ain seorang saja oku CP ketika itu..Ain sebagai perintis CP pertama bersama RDA MAFEC...TQVM jurulatih dan volunteers yang kebanyakannya adalah abang-abang tentera.
Tqvm juga pada wakil volunteers dari rda Polo Club Ampang....
September 2006, Ain mewakili RDA MAFEC bersama 6 orang lagi rakan rda (SK Lelaki Jln.Batu) di pertandingan di Ipoh. Ain mendapat tempat ke 6 dari 15 peserta...Alhamdulillah. Lebih manis lagi Ain telah menambat hati wartawan untuk news (berita) berkaitan RDA bersama special rider yang lain. Glamour sekejap Ain hihihi...
Ops!!! Bukan glamour yang dicari tapi pendedahan terapi ini kepada pengetahuan umum yang menjadi sasaran...
_____Atas rasa kesedaran akan bagusnya terapi ini dan atas persetujuan pihak berkaitan...saya dan seorang kenalan memulakan misi untuk mewar-warkan aktiviti terapi ini kepada umum.
Isnin 28 Mei 2007 tersiarlah news 'Terapi Sokongan' di KOSMO..._____Ekoran dari news itu, bermulalah fenomina terapi berkuda di kalangan PDK Lembah Klang...
Kini 2019...terapi ini sudah berkembang dengan baiknya..Alhamdulillah. Semoga terapi ini akan diperkasakan dari masa ke semasa dan diperluaskan lagi ke negeri-negeri lain demi menjadi salah satu terapi sokongan yang bermanfaat buat OKU khasnya Oku Cp seperti Ain. Akhir kalam saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti terapi berkuda ini...______Today Wednesday 13 March 2019 I'm given a break outside the arena...be observer...but still see Ain Ramadhania. Not always got excuse like this weh!!! Tq tq tq______