08 Oktober, 2019

Berangkat ke Kuala Terenggnu - Part 1

Khamis 3 Oktober 2019...jam 10 pagi saya, Ain dan ayah Ain bertolak menuju ke pantai timur untuk menyertai program Special Ability Diver'97 - Person With Disability 4-6 Oktober 2019 di Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong, UMT. Sebelum bergerak ke Pulau Bidong kami bermalam di TH Hotel & Convention Centre Terengganu......
Jam 3 petang kami daftar masuk di TH Hotel.........Kami telah memilih bilik yang khas untuk OKU. Bilik dan bilik airnya mesra OKU......Kerana kepenatan kami hanya order makanan dan menjamu selera di dalam bilik saja......
Ini permandangan luar dari bilik hotel......
Jam 6 petang kami ronda-ronda meninjau lokasi Merang Waterfront Jetty. Esok jam 8 pagi kami akan berkumpul di sini bersama peserta-peserta lain......Tunggu sambungan entri part 2.