03 Julai, 2020

Catatan hati ke hati

Peribahasa ada mengatakan, 'Tak kenal maka tak cinta'. Begitulah dengan diriku dan dirimu wahai Nur Ain puteri Syugaku.
Betapa hari ini kita berminat dengan kuda. Moh kita imbas cerita berkaitan kuda ni..
Bila Ain terlibat dengan kuda??? Tarikh lengkap saya sudah lupa..ia bermula pada
Bulan Mei 2005, masatu Ain berusia 8 tahun. Saya dan suami telah membawa Ain ke MAFEC (Malaysian Armed Force Equestrian Centre) untuk bertanyakan program terapi berkuda di situ. Waktu itu RDA MAFEC diuruskan oleh warga Amerika bernama Amanda. Setelah menerangkan serba ringkas tentang aktiviti rda di MAFEC...tanpa banyak soal Miss Amanda menerima Ain dan meminta Ain datang sertai program terapi berkuda (rda) MAFEC. tumpang program RDA (riding disable) PPKI SK (L) Jalan Batu KL serta pesannya tiada bayaran dikenakan..free katanya. Sememangnya program RDA Malaysia adalah percuma tapi selang dua tahun RDA Malaysia akan mencari dana untuk RDA..biasanya melalui Charity Dinner setiap 2 tahun sekali. Kami cuma membawa bekalan makanan setiap kali datang..berkelah beramai-ramai selepas aktiviti....
Dengan itu, bermulalah rutin terapi berkuda Ain setiap hari Jumaat di MAFEC.
Ain merupakan satu-satunya murid OKU CP yang terlibat kerana murid-murid lain adalah oku masalah pembelajaran. Justeru itu.. penerimaan awal Ain agak menggusarkan pihak jurulatih dan abang-abang askar MAFEC. Tapi dengan pengalaman mereka selama terlibat dengan aktiviti rda (Riding disable), mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan baiknya.......Hari pertama Ain naik kuda, Ain agak takut-takut. Merengeklah taknak naik....jenuh juga memujuk tapi selepas naik kuda dan abang-abang askar membawa Ain pusing arena beberapa kali dalam tempoh 15 ke 20 minit..sampai masa untuk turun dari kuda..Ain tak nak turun. Pulak dah hahaha.. Terpaksalah abang askar 3 orang tu bawa Ain pusing sekali lagi........Apa yang menarik, setiap kali kami sampai kat depan pintu gerbang masuk Kem...Ain mesti cakap.."cepat cepat" dengan mimik muka yang suka dan teruja. Semua pergerakannya jadi pantas. Ain beri kerjasama tip top......Di MAFEC Ain disantuni dengan baik. Ain diberi menunggang kuda bernama Caramel dan Caramel juga sangat baik dengan Ain seolah2 memahami keadaan Ain. Dia tak pernah buat ragam. Setiap kali aktiviti, Ain mesti dalam group pertama naik kuda dan akan naik sekali lagi dlm group akhir. Ada sekali tu kami terlewat sampai kerana tersangkut jem...group pertama sudah mula satu pusingan...tetiba Caramel ternampak Ain. Dia mula buat ragam, tak nak jalan... dipaksa pun tak nak jalan juga. Akhirnya rider di atasnya diturunkan dan diganti dengan Ain..barulah Caramel nak jalan. Manakala setiap kali Ain nak diturunkan dari Caramel, Caramel tidak akan bergerak-gerak malah kepalanya menoleh memerhatikan Ain diturunkan. Usai Ain diturunkan, barulah Caramel pandang depan dan terus bergerak untuk tugas seterusnya. Dari program terapi berkuda ni terserlahlah rasa kasih seekor kuda kpd anak2 Syurga seperti Ain. Keserasian Ain dengan Caramel tidak dapat dipersoalkan dan panggilan pelat Ain pada Caramel ialah 'Memel', Alhamdulillah......
Ain aktif mengikuti program terapi di MAFEC hingga tahun 2007. Kemudian tahun 2008 hingga 2015 aktiviti mula on off dan lebih banyak off kerana beberapa sebab...antaranya, kekurangan volunteers dari kalangan abang-abang askar yang ramai diarahkan kembali bertugas semula di tempat/di Kem masing-masing dan juga pihak sekolah yang Ain tumpang program ni sibuk dengan aktiviti lain. Bila aktiviti banyak terhenti (ditangguhkan) ianya memberi kesan negatif pada fizikal Ain...
Atas keperihatinan bekas jurulatih terapi berkuda di MAFEC (yang sudah bersara dari Tentera) permohonan Ain untuk menyertai terapi berkuda di Polo Club di terima hingga akhir tahun 2019......Tahun 2020 Ain tidak dapat meneruskan terapinya di sana atas alasan pihak Rda Polo club hendak memberi laluan kepada oku-oku baru dalam senarai menunggu. Saat mendapat tahu berita itu, saya menangis dalam hati kerana itu bermakna, akan hilanglah satu terapi yang sangat mengembirakan Ain. Akan hilanglah satu kegembiraan Ain. Tapi saya sedar, saya tak boleh pentingkan diri. Saya pujuk hati untuk akur walaupun sebenarnya hati saya menangis.
Bermula dari khabar itu, Disember 2019 saya mula mencari alternatif untuk Ain berkuda. Beberapa tempat saya tinjau. Saya juga turut menghubungi pihak As-Syik. Sebenarnya saya sudah lama mengenali pihak As-Syik. Saya tanyakan tentang program terapi berkuda. Alhamdulillah, saya mendapat maklumbalas positif dari pihak As-Syik. Sementara menunggu proses merialisasikan As-Syik, saya membawa Ain mengikuti aktiviti Joyride di tempat en. Rosman sahabat kepada mr. Mike volunteer rda Polo Club. Ain sempat berkuda di sini sebanyak 2 kali sebelum terhenti kerana kes covid-19. Aktiviti joyride di caj rm XX untuk 45 minit tetapi dilajakkan ke satu jam...terima kasih, rezeki Ain... Sebenarnya di sini tidaklah berapa sesuai untuk  oku seperti Ain berkuda kerana tempat ini adalah tempat berkuda orang awam yang sempurna. Peralatan dan kemudahan pun tentulah untuk orang awam juga... Justeru itu, Ain hanya sementara saja di sini..untuk mengelakkan Ain tinggal terus aktiviti berkuda......Alhamdulillah, pada 13 Jun 2020 pra-pelancaran As-Syik dilaksanakan. Beberapa modul terapi berkuda di sini akan dilaksanakan dengan menitik beratkan pengisian rohani seperti melafaskan zikir-zikir disamping pembangunan fizikal anak-anak Syurga......Selama beberapa hari bersama As-Syik saya melihat Ain sangat gembira......Terima kasih Allah dan terima kasih team As-Syik.
Semoga aktiviti ini menjadi penawar buat Ain dan anak2 Syurga yang lain, aamiin ya Rabbal aalamiin.