21 Mac, 2024

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi follow blog ini dan semoga perkongsian di blog ini bermanafaat...aamiin...

13 Mac, 2024

Temujanji Klinik Gigi

...Jam 2 petang Isnin 11 Mac 2023, kami ke Dental Surgery Clinic Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM...  Usai jumpa doktor gigi kami terus ke ruang utama masuk. Sementara menunggu ayah Ain sampai camnilah gelagat Ain.. dia mesti ronda-ronda santai...

08 Mac, 2024

Video Tik tok

Terapi Air (Renang) Sesi ke 5

Rabu 6 Mac 2024, bawa Ain untuk aktiviti terapi air (berenang) di Recreational Hub at Tropicana Aman. Sudah hampir sebulan aktiviti ini ditangguhkan kerana saya sibuk dengan beberapa urusan. Harini kelas bermula pada jam 4.30 petang tetapi kami kelewatan hampir setengah jam. Sebenarnya kami boleh sampai dalam 45 minit awal tapiiii....tiba di simpang ke Shah Alam...jam baru 3.30 petang (kelas jam 4.30) so...saya mengambil keputusan melencongkan perjalanan ke Home Spa Ice Therapy untuk membeli produk kesihatan Ain. Jangkaan saya, kami boleh sampai ke Recreational Hub at Tropicana Aman sebelum jam 4.30 tapi jangkaan saya salah sebab dari Home Spa perjalanan mengambil masa 30 minit kerana kenderaan mulai banyak jadi kelewatanlah kamiiii...Sampai je, kami bergegas bersiap untuk masuk kolam......Jam 5.30 Pembantu Ain terpaksa tinggalkan Ain untuk membantu pelatih lain pula. Saya mengambil alih sepenuhnya melatih Ain hingga jam 6...
Produk kesihatan yang diperlukan Ain...

06 Mac, 2024

Minum Petang

Selasa 5 Mac... Sementara menunggu adik sampai, kami minum petang...

05 Mac, 2024

Santai-Santai Je

Ahad 3 Mac 2024 kami berempat beranak keluar ke Mall di Putrajaya dan singgah makan selera korea...

29 Februari, 2024

Aktiviti Bersama Tetamu Dari Universiti Hosei Jepun

Petang Khamis 28 Februari 2024, saya dan Ain santai di Majlis Ekuin Malaysia meraikan kehadiran 3 orang tetamu dari Jepun iaitu Professor Dr. Ryuhei Sano (Faculty of Social Policy and Admnistration, Hosei University), Professor Dr. Kyoto Takami (Faculty of Health and Sports Sciece, Hosei University) dan Mr. Shinji Kashiwamura (Coach Equestrian Club, Hosei University)...
...Usai sesi pengenalan kami beredar minum petang sebelum ke arena untuk sesi demo terapi berkuda di mana Ain sebagai rider demo. Kemudian kami membawa tetamu untuk melawat stable...   
 
...Sebelum meninggalkan stable untuk ke ruang kelas, kami bergambar ramai-ramai... 
 ...Sebelum bersurai Ain bergambar dengan Professor Dr. Ryuhei Sano...