15 Julai, 2018

Sesi Training Di PKSP Kg.Pandan - Sabtu

Sabtu 26 Mei 2018 saya mengendalikan Sesi pertama training di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan. Seramai 6 orang pemain dari Persatuan Boccia Selangor (PBS) dari 7 orang peserta telah hadir. Sesekali turun training di sini..dapat membantu pemain-pemain untuk merasai suasana lain...merasai court yang luas apatah lagi di sinilah pertandingan boccia diadakan......Sesi training akan mengikut jadual training hari Sabtu pemain-pemain Boccia kebangsaan...dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari.
Pemain-pemain PBS yang terlibat dengan Latihan di Pst.Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan ialah
1. Abdul Halim
2. Nur Ain bt Abdul Malik
3. Nurul Ain
4. Tan Tien Leng
5. Yusuuf
6. Syafiq Naim
7. Akmal Hakim.
+ 8. Kapt.Shahrul (bermula 7 Julai 2018)
Semuanya nampak teruja menjalani sesi training ini....Alhamdulillah.
_________________________________________________________________________________

9 Jun 2018 (Sabtu) sesi training kedua...hanya Nur Ain dan Hakim sahaja yang berkelapangan untuk hadir...
_________________________________________________________________________________

Sabtu 23 Jun 2018...Sekali lagi Nur Ain dan Hakim menjalani training....
_______________________________________________________________________________

Sabtu 7 Julai 2018, sesi training...Selain Nur Ain dan Hakim..kali ini Kaptan PBS Shahrul, Nurul ain, Syafiq dan Halim turut sertai latihan...Bila ramai barulah meriah dan bersemangat......Ini pula gambar sesi training pada Sabtu 14 Julai yang dihadiri Nur Ain, Kaptan Shahrul, Nurul Ain, Halim dan Yusuuf (Maaf..terlupa nak snap gambar Halim dan Yusuuf sebab masa ambil gambar tadi Halim dan Yusuuf belum sampai lagi). Hari ini saya sempat bermain bersama kesemua pemain PBS ini untuk menguji tahap permainan/balingan dan fokus  mereka.........Sesi training di PKSP Kg.Pandan ini atas kerjasama pihak MSN dan jurulatih Boccia Kebangsaan encik Aiman. Terima kasih puan Nurul dan couch Aiman.



'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'

'Susahnya Nak Dengar Suara Ain....'
Itulah keluhan sesiapa shj yg mendampingi Ain. Aku sendiri sebagai ibunya sudah tidak tahu cara mana lagi boleh kuikhtiarkan supaya Ain mahu berbicara dgn insan lain selain dpd anggota keluarganya. Apa yg pasti...Ain bukanlah seorang yg bisu, cuma dia sgt permalu dan mungkin juga krg keyakinan diri utk berbicara dgn insan lain TETAPI jika dia menyukai seseorang itu maka ia mahu mendampingi orang itu dan mahu berbicara dgn insan berkenaan. Yg nyata..kita kena pandai mengambil hatinya maka barulah dia mahu berbicara dgn kita....

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 1

Skuad #TerimaKasih | Rantaian Kasih: Misi 2

Makluman Kepada Yang Follow Blog Ni

Blog Ain-KYT ni dalam proses kemas kini..justeru tu akan ada beberapa ubahusai/perubahan dari masa kesemasa pada blog ni. Saya ucapkan terim...

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012

Bersama TPM....di Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Sekolah - Julai 2012
TPM bertanya sesuatu tentang Ain....GPK dan mak tolong jawab bagi pihak Ain...Ketika ini flash kamera para wartawan bertali arus...