13 September, 2020

Santai Bersama Pencinta Kuda di Spectrum

Sabtu 12 September 2020...kami group pencinta kuda menjalani aktiviti santai di Spectrum International School. Ada sesi pengenalan asas kuda. Dua orang peserta wakil dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Ustaz Mohd Fauzi Abidin Pengurus Pembangunan insan MAIWP dan cik Shuhada hadir hari ini......Harini saya dan Nazlida diberi tugas lead kuda bawa ke arena untuk aktiviti asas menunggang kuda. Dua peserta dari MAIWP dan semua volunteers diberi peluang menunggang. Kelihatan Ain gembira tengok mak menunggang kuda. Selalunya mak yang mengiringi Ain menunggang kuda, jadi hari ini Ain bagi peluanglah pula mak naik kuda yaa.....
...Kami juga turut dihiburkan dengan persembahan santai dari encik Nazri Alfarabiband. Beberapa buah lagu dipersembahkan untuk hiburan kami termasuk lagu baru (eksklusif) dan lagu yang sangat unit dari sajak Pangeran Diponegoro turut didendangkan. Ain kelihatan memberi sepenuh perhatiannya pada persembahan itu. Alhamdulillah, terima kasih encik Nazri......
 
...Gelagat Ain yang menghiburkan...lawaklah Ain ni. Naik kuda mahu tapi part nak belai-belai dan bagi kuda makan carrot berani-berani takut pula. Ain Ainnnn....