15 April, 2024

Petang Satu Syawal Bertolak Ke Tok Bali Kelantan Untuk Kenduri Dan Ziarah Abang Ain Sekeluarga Di Pasir Puteh (Rumah Besan Blogger)

Rabu 1 Syawal 1445 bersamaan 10 April 2024 kami berempat beranak (saya, Ain, ayah dan adik Ain) memulakan perjalanan ke Tok Bali Kelantan. Kami bertolak dalam jam 3.30 petang mengikut jalan Simpang Pulai Perak ke Kelantan. Ada dua misi kami ke Kelantan ni iaitu menghadiri majlis bertandang ke rumah besan adik ayah Ain dan sekali melawat abang Ain sekeluarga yang balik Pasir Puteh Kelantan kerana kakak ipar Ain nak bersalin anak ke tiga di Kelantan.....Jam 7.39 malam kami sudah sampai di Gua Musang Kelantan. Kami ada beberapa kali singgah untuk rehat dan solat. Dalam jam 9.59 malam kami sampai Kuala Krai. Di sini ksmi sangkut jem......Jam satu pagi kami sampai di homestay yang disediakan oleh pihak pengantin lelaki. Usai makan kami masuk ke bilik masing-masing mandi dan tidur...____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________...Jam 12 tengahari Khamis 2 Syawal bersamaan 11 April kami gerak ke majlis bertandang rumah pengantin lelaki......Usai majlis kami jalan-jalan kat pantai berhampiran rumah pengantin lelaki...