05 Mei, 2024

Ain Memeriahkan Program INPIRE I-TALENT SIRI 2 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024

Sabtu 4 Mei 2024, seawal jam 7.30 pagi saya dan Ain bergerak ke Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan  OKU (PLPP) Bangi untuk memeriahkan program INPIRE I-TALENT SIRI 2 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024 anjuran KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR dengan kerjasama Red Giant Ping Pong Disabled Club. Tujuan program  mencungkil bakat-bakat baru golongan OKU untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet paralimpik negara  ......Terdapat enam acara yang ditawarkan iaitu para olahraga, para catur, boccia, para badminton, para lawn bowl dan para powerlifting Usai pendaftaran peserta kami masuk ke dalam dewan untuk memulakan program. Dimulai ucapan ringkas dari encik Amrol Bin Ambia Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Selangor dan diikuti riadah santai......Kemudian sesi menguji bakat  didahulukan dengan memberi pengenalan tentang sukan  Boccia......Sebelum program berakhir, kami bergambar...