31 Disember, 2009

Andainya Nur Ain Bisa Berbicara

Jumaat 31 Januari 1997,
aku selamat dilahirkan menerusi pembedahan setelah lebih 13 jam aku bertarung utk hidup. 7 hari aku di tempatkan di dlm mesin incurbator lantaran kekurangan oksigen. Ibu pula di tempatkan di wat bersebelahan dengan bilikku.
Kesian ibu, lebih 13 jam juga ibu menanggung kesakitan. Lantaran tidak tertahan menanggung sakit ibu mengambil keputusan ke hospital walaupun ketika itu tiada tanda-tanda yg menunjukkan ibu mahu melahirkan.

Setelah diperiksa ibu kemudiannya disuruh masuk ke wat krn dikatakan belum hendak bersalin lagi. Semalaman ibu tidak dapat tidur lantaran menanggung kesakitan. Ibu mengadu kpd Jururawat yg dia tidak dpt tidur. Jururawat bertanya,

"Puan, ada tanda-tanda nak bersalin tak?"

Ibu menjawab, "Tak ada, tapi 2 minit 2 minit dtg sakit."

Jururawat berkata lagi, "Doktor kata tadi, pintu rahim tak buka lagi. Jadi belum nak bersalin lagilah."

Ibu kembali ke katilnya dgn perasaan hampa krn aduannya tidak diberi perhatian oleh Jururawat berkenaan. Esoknya waktu para Doktor dtg melawat pesakit, sambil menangis ibu mengadu kpd Doktor yg dia tidak dpt tidur semalaman krn menanggung sakit. Doktor bertanya,

"Tak bagitau Jururawat ke?"

Ibu menjawab, "Sudah."

Doktor menggelengkan kepalanya lalu memeriksa ibu. Setelah memeriksa kandungan ibu, Doktor mengarahkan Jururawat supaya membawa ibu ke bilik bersalin. Doktor berikhtiar supaya ibu boleh bersalin secara normal tetapi gagal. Akhirnya Doktor mengambil keputusan utk melakukan proses bersalin secara pembedahan krn alat yg diletakkan di perut ibu menunjukkan aku sedang berhadapan dgn masalah.

Jam 10pg ibu dibawa masuk ke dewan pembedahan, maka lahirlah aku yg sudah hampir di ambang maut. Hari ke 4 barulah aku mampu utk menangis dan hari ke 4 itu jugalah pertama kali aku dpt menatap wajah ibu dan menyusu dgn ibu. Syukur Alhamdulillah....
"Ain..Ain..."
Lamunanku dikejutkan oleh suara ibu dari dapur. Aku terus menjawab, "Ya!"
"Ain nak makan tak?" Ibu bertanya.
"Ya." Jawabku.
Selesai makan ibu menyuruh abang membawaku ke ruang tamu. Abg memasang VCD kegemaranku..Do Re Me utk tontonanku. Sememangnya aku adalah peminat setia cerita-cerita P.Ramlee. Aku akan ketawa melihat telatah lucu P.Ramlee dan rakan-rakannya. Apa lagi yg mampu aku lakukan selain menonton dan bermain di dlm rumah. Cuma..bila ada kelapangan barulah aku dibawa keluar rumah utk mengambil angin ptg di padang permainan di hadapan rumahku.
Di padang permainan aku melihat ramai kanak-kanak sedang bermain dgn riangnya. Abg pula sedang bermain bola dgn rakan-rakannya.
Sayu hatiku memandang akan keriangan mereka bermain. Dikala kanak-kanak seusiaku riang ria meneroka alam kanak-kanak mereka, lain pula dgn diriku. Aku masih bergantung dgn bantuan org lain. Aku seperti bayi kecil yg perlu didokong atau diusong ke sana ke mari. Aku ingin sekali bermain bersama-sama mereka, tapi...apalah dayaku. Aku hanya mampu tersenyum dan ketawa melihat kegembiraan mereka. Mujurlah adikku Nur Aisyah sering mengiringi aku maka terlerailah sedikit rasa kesayuanku.

Begitulah rutin harianku. Apabila tiba waktu ke sekolah, ke sekolahlah aku. Apabila tiba waktu utk mendptkan rawatan dan fizio terapi, maka ke hospitallah aku. Tetapi yg paling aku suka ialah kehadiran hari Jumaat krn setiap hari Jumaat aku akan ke MAFEC (Malaysian Armed Forces Equestrian Centre) utk latihan terapi berkuda (hypotherapy).

Kalian nak tahu, kuda tungganganku cantik sekali. Bulunya berwarna coklat dan putih. Namanya Caramel. Aku menunggangnya sejak th 2005. Aku sayangkan Caramel, dia juga memahami keadaanku . Dia tidak akan buat hal kalau aku yg terlebih dahulu menunggangnya, tetapi AWAS...Caramel juga pandai merajuk, dia akan buat hal spt malas bergerak. Aku telah beberapa kali menyertai pertandingan walk Test RDAM malah hingga ke pertandingan RDAM di Nasional Horse Show di Ipoh pada th 2006. Di pertandingan itu aku mendpt tempat ke 6 dari 15 peserta. Caramellah kuda tungganganku.

Aku berterima kasih kpd pihak RDAM MAFEC krn telah memberi perhatian dan peluang serta kegembiraan buat diriku yg kurang upaya ini. Tidak tahu bagaimana harus aku membalas jasa baik mereka semua terhadapku selama ini. Semoga Tuhan merahmati mereka semua, amin...

Aku juga bersyukur dan berterima kasih kpd ibubapaku, abg dan adikku yg senantiasa memberikan perhatian dan kasih sayang yg tidak berbelah bagi buatku. Kepada ayah yg berkorban wang ringgit utk memenuhi segala keperluanku. Juga kpd ibu yg sering berdampingan dgnku siang dan malam. Ibu yg senantiasa mencari dan memberi peluang kpdku utk menjalani hidup gembira. Ibu yg aku tahu tidak pernah berputus asa berusaha utk proses permulihanku agar aku bisa berdikari suatu hari nanti, Insyallah. Benarlah....."Syurga itu di telapak kaki ibu". Justeru itu kawan-kawanku... hormatilah, sayangilah dan berbaktilah kpd ibu. Jgn sesekali biarkan ibu menangis krn perbuatan kita. Jgn lukai hati ibu dan juga ayah.

Ah...Cepat benar masa berlalu, kini usiaku sudah hampir 13th. Harapanku semoga tahun hadapan aku mampu utk berdiri, berjalan, berlari dan bermain seperti kawan-kawan semua. Semoga th hadapan aku bisa ke sekolah tanpa perlu berkerusi roda lagi. Semoga aku bisa berdikari tanpa perlu banyak bergantung pada bantuan orang lain spt sekarang ini.

Namun..kalau itu semua tidak tercapai olehku, aku tetap bersyukur krn aku masih mempunyai byk kasih sayang yg tiada batasnya terutama dari keluargaku. Ya! Kanak-kanak CP ini tidak akan membiarkan diri ini bersedih dlm meniti hari-hari yg mendatang. Aku Redha dgn apa yg telah tersurat utkku. Kesedihan tidak akan membawa aku ke mana-mana. Aku pasrah atas segala ketentuanNya.

Ops....jauh sgh anganku, aku tersenyum sendiri. Ya! Andainya Nur Ain bisa berbicara... (mungkin inilah antara luahan isihatinya)

- Disember 2009.

Tiada ulasan :