29 Jun, 2019

Sesi Warmup Training Selepas Lama Berehat


Khamis 27 Jun 2019...Ain turun training selepas berehat panjang. Hari ini ada Yusuuf, Shahrul, Syafiq dan Jonny. Ain nampak ada main- main tapi balingannya masih tepat pada sasaran........


_____Jumaat 28 Jun 2019, Ain turun training tapi kali ini kami berdua saja. Alhamdulillah, walaupun Ain masih belum berlatih degan serius tapi saya puas hati dengan balingannya cuma saya perlu mencari kunci supaya Ain lebih lama memberikan fokusnya......Harini kami bawa bekalan kerana tak sempat makan di rumah. Jadi kami berkelah dua beranak di dewan PBS ni. Bekalan kami nasi puteh berlaukkan sambal pedas sotong dan ikan goreng pekasam. Lepas makan Ain sambung berlatih....___Kami beredar dari dewan PBS dalam jam 3.30 petang........
  __________

27 Jun, 2019

Terapi Berkuda Rabu 26 Jun 2019

Hari ini Ain menunggang Dart. Fatin sebagai Leader. Saya dan mr. Tom sebagai helpers......Berswafoto dengan Dart selepas mengiringi mummy Adra naik kuda...

20 Jun, 2019

Terapi Carakerja (OT) Di 16 Syawal 1440

Khamis 20 Jun 2019 (16 Syawal 1440)  jam 11.30 pagi Ain melakukan fizio carakerja (OT) di PPUM bersama terapis encik Muaz. Macam biasalah Ain tu malu-malu, tapi kerja-kerja yang diberi Ain tetap buat dengan jayanya. Ada masa-masa lucu dengan gelagat Ain. kami ketawa ayu je...hahaha. Terima kasih encik Muaz kerana sangat sabar dengan kerenah Ain. Sudah lebih setahun Ain mendapat tunjuk ajar dari encik Muaz tapi dia masih malu-malu lagi...Ain Ain..sabor jelaaa...kan....
Bolehpun tegakkan badan dan angkat muka bila encik Muaz keluar bilik terapi sekejap. Hahaha....sabor jelaaa...



19 Jun, 2019

Terapi Berkuda Eksklusif

Rabu 19 Jun 2019...terapi berkuda hari ini eksklusif sangat. Apa dia? Haaaa..nak tahu kenalah layari entri ini sampai habis......Aktiviti dimulai dengan terapi regangan ringan. Hari ini kak Gaya sebagai Leader. Saya dan Dozhi sebagai helpers......Ain berehat bersama aunty Rosie wife mr. Mike...Okey, jom kita layari apa yang eksklusif tu......Ada yang masih kenal lagi tak dengan artis ni? Bila ada kelapangan waktu beliau selalu turun membantu aktiviti terapi berkuda kami. Sangat baik dan peramah orangnya. Suaranya pun masih merdu seperti dulu......Ini pula saja je saya berswafoto dengan rider RDA yang dipanggil abang...