ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
25 Januari, 2023
Santai keluarga di Kuala Langat
Selasa 24 Januari 2023, Ain, ayah dan mak Ain bersama pak ngah dan pak su dan lain-lain...makan-makan di Cafe Kayu (Asam pedas, Dengkil)... ...Usai makan kami bergerak jalan-jalan ke Kuala Selangor dan singgah di Fazz Enterprise di Kanchong Darat......Inilah hasil menuai di Fazz Enterprise tadi tu 😂😂😂
24 Januari, 2023
Kembali Semula ke TBS
...Ahad 22 Januari 2023, kami kembali semula ke TBS. Usai memasukkan barang-barang dari kereta ke dalam rumah, kami keluar semula untuk menghantar order dua pelanggan di Seri Serdang dan Serdang Lama. Kami singgah makan di restoran Serdang Lama berkenaan..
23 Januari, 2023
Meraikan Majlis PerbarisanTamat Latihan Adik Saudara PjM (U) - Part 3
...Ain bergambar di depan Dewan Rajawali sebelum ketemu PjM (U) Afham......Sebelum makan tengahari kami bergambar beramai-ramai untuk kenangan......Bergambar lagi sebelum meninggalkan tempat majlis...
Langgan:
Catatan (Atom)