30 Mei, 2023

Aktiviti hidroterapi.

Isnin 29 Mei 2023, aktiviti Ain pagi ini di Tropicana Aman Recreational Hub dengan bantuan DiveHeart Volunteer Students from Heriot watt University Putrajaya......Seronok Ain ada students Heriot watt University hadir membantu. Tqvm Sofea dan Hanim. Dua-duanya pangkat adik kepada Ain. Mereka berdua terlibat dalam Program latihan sebagai Sukarelawan DiveHeart... ...Usai aktiviti di kolam kami duduk-duduk santai sambil berbual bersama encik Syed Abdul Rahman Pengasas & Pengarah Kids Scuba Malaysia, Kapten (Hon) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Ambassador Diveheart Malaysia. Tqvm semua...

29 Mei, 2023

Kembali Semula ke Rumah Di TBS

...Usai balik dari kenduri anak-anak tok G (tok Pandak) kami siap-siap untuk balik ke rumah kami di Seri Kembangan. Harini saya kena bawa kereta ayah Ain sebab ayah Ain nak bawa balik kereta unser dia. Sebelum balik Ain sempat sembang dengan pakSu dia..pakSu pun suka melayan Ain ni...Jom tengok video pendek Ain sembang dengan pakSunya....,.Video-video sepanjang perjalanan di lebuhraya PLUS. Kami mengiringi kereta unser yang dipandu ayah Ain...
Alhamdulillah..Jam 6.56 petang kami sampai rumah...

Hadir Kenduri Anak Tok G (tok Pandak)

Ahad 28 Mei 2023, kami ke Dewan Dato' Azman Mahalan Kg.Kuala Dipang meraikan kenduri perkahwinan dua mempelai anak kepada tok saudara saya yang kami panggil Tok G @ Tok Pandak......Dapat jumpa kawan sekolah merangkap ibu saudara saya iaitu Khairul Bariah. Khairul Bariah ni anak saudara kepada atok saya. Sangkut sebab ayah atok saya (Yeop Abdul Rahman) dengan atok Khairul Bariah (Abas) tu adik beradik......Sebelum balik kami sempat bergambar kenangan dengan tok Pandak dan isterinya...

Berkunjung Majlis Walimatulurus di RTC Gopeng.

Sabtu 27 Mei 2023 kami sekeluarga hadir meraikan majlis kenduri anak kepada sepupu saya Habibi yang berlangsung di Dewan Bangquet FAMA RTC Gopeng......Alhamdulillah, dapat ketemu beberapa sedara mara sebelah opah Ain. Dapat jumpa kak Izan yang dah lama sangat tak jumpa......Sebelum balik kami posing lagi 😂😂😂...