10 Mei, 2023

Hantar Adik Ain Melapor Diri Di Tempat Kerja Baru

Isnin 8 Mei 2023, kami hantar adik lapor diri di Institut Kesihatan Negara / National Institutes of Health (NIH)......Sementara menunggu urusan adik selesai, kami pegi sarapan tak jauh dari NIH...
...Usai makan kami kembali semula ke NHI, ambil adik dan bergerak pula ke Kuala Lumpur kerana adik perlu lapur diri di ke pejabat tempat bertugas. Lepas itu kami gerak balik sambil melihat kiri kanan jalan yang sudah lama tidak kami lalui... ...Aduhai, lama sungguh tak datang dan lalu sini...tempat yang banyak kenangan. Tempat lepak jumpa kawan-kawan sekolah, kawan-kawan sekerja...Chow Kid, Dataran Merdeka, Daya Bumi dan Pejabat Pos. Satu lagi port nostalgia Pasar Seni (Central Market) tapi perjalanan kami tak menemput tempat tu...