29 November, 2021

Menyertai Program Pengenalan Sunnah Berkuda & Memanah (04/21)

Ahad 28 November 2021 sekali lagi Ain menyertai Program Pengenalan Sunnah Berkuda dan memanah (04/21) di Spectrum International Islamic School Putrajaya......Usai sesi suai kenal dan taklimat ringkas kami beredar ke lokasi seterusnya...
...Kami ke Stable untuk berjumpa Mystar, Zarra dan Sanja..
...Mystar dan Zarra dibawa keluar dari stable. Mystar untuk aktiviti berkuda di arena. Manakala Zarra untuk aktiviti grooming dan dandan......Seperti biasa program diakhiri dengan sesi bergambar..
...Video Ain...

22 November, 2021

Aktiviti Santai di Spectrum

Sabtu 20 November 2021, saya membawa Ain ke Spectrum untuk aktiviti bersama Aleeya dan adik-adik comel.........Usai aktiviti lead dan grooming Zarra kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan petikan gitar dari artis berbakat kami Khuarizmi Almafaza anak kepada puan Syuhada pemilik ketiga-tiga kuda..myStar, Zarra dan Sanja... ... ...Kemudian kami makan sambil berbual santai sebelum pulang... Terima kasih kepada puan Syuhada dan semua yang terlibat menjayakan aktiviti hari ini serta terima kasih juga kepada pihak Spectrum.