Sabtu 26 Februari 2022...Sebelum balik semula ke rumah Ain di Taman Bukit Serdang, kami singgah Kampung Tekah Baru untuk ziarah opah. Abang Ain sekeluarga pun ada. Sementara tunggu makanan tengahari siap...Ain dengan anak saudaranya (Raykal) berposing untuk kenangan. Nampak riaksi sayangnya Ain dekat anak saudaranya...
...Habis bergambar sibuk pula dia minta hpššš...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
27 Februari, 2022
25 Februari, 2022
Jalan-Jalan je.
Jumaat 25 Februari 2022, tetiba teringat nak jalan-jalan ke Teluk Batik dan Lumut. Kami lewat perginya so dapat permandangan malam jelah. Kami melalui lebuhraya Changkat Cermin. Kami sampai Teluk Batik matahari sudah mula terbenam. Saya sempat mengambil gambar dan video di pantai Teluk Batik. Ada beberapa kumpulan pengunjung yang menginap di challet di pantai itu...mereka seperti hendak membuat aktiviti bbq dan ada juga yang sedang menikmati suasana angin malam di tepi pantai. Alangkah seronoknya kalau kami dapay bermalam di situ, tapi apakan daya sebab tak dirancang dari awal. Lagipun siapa pula yang akan menguruskan Nur Ain Agro Farm kalau kami berada di sini...
.........Kemudian kami terus ke Lumut. Hajat hati nak ambil gambar permandangan laut Lumut tapi suasana gelap....tiada apa yang nampak dengan jelas. Akhirnya saya hanya dapat mengambil gambar bahagian hadapan pintu masuk Jeti Lumut je...
...Tenyata pekan Lumut sunyi sepi di waktu malam atau mungkin keadaan jadi begitu kerana C19. Sebelum pulang...kami singgah membeli produk makanan laut di kedai yang masih buka...

22 Februari, 2022
Santai di Nur Ain Agro Farm
Ayah tak bagi dia main hp..dia cakap,
"Alaaa..." sambil letak tangan atas kepala. Pastu dia buat aksi minta simpati š...
...Selasa 22 Februari 2022.
...Selasa 22 Februari 2022.
21 Februari, 2022
Balik kampung (Nur Ain Agro Farm)
Ahad 20 Februari 2022,Alhamdulillah, saya dan Ain selamat sampai kampung. Kami ingin berehat dan menghirup udara segar kampung..._________...
Isnin 21 Februari 2022, melihat gelagat kambing...tetiba riuh satu kandang. Rupa-rupanya ada seekor anak kambing yang tersepit lehernya. Berbunyilah mereka minta bantuan terutama si ibunya, tapi bila anak nak menyusu si ibu melarikan diri pula‼️ ...
Kemudian saya mengendap ikan talapia merah yang sedang berpesta. Sekali deme sedar..habeh cabut semua menyelam...
19 Februari, 2022
Berenang + terapi di CVT/HOME SPA ICE THERAPY
Sabtu 19 Februari 2022...setelah agak lama tidak mengunjungi Home Spa Ice Therapy, harini saya membawa Ain untuk berenang dan membeli produk kesihatan yang kami perlukan...... ..
......
......
18 Februari, 2022
Ain ke HPKK UKM untuk rawatan Gigi.
Khamis 17 Februari 2022, saya dan Ain ke Hospital Pakar Kanan-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM). Harini Ain ada temujanji klinik gigi. Ini merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki di sini. Sebelum itu Klinik gigi Ain di PPUKM tetapi mulai hari ini ditukar ke HPKK UKM ini...
...Ain menunggu giliran. Keadaan sekeliling sangat sunyi...
...Selesai urusan pemeriksaan gigi Ain. Akan datang ke sini untuk rawatan ulangan 6 bulan lagi...
...Ain menunggu giliran. Keadaan sekeliling sangat sunyi...
...Selesai urusan pemeriksaan gigi Ain. Akan datang ke sini untuk rawatan ulangan 6 bulan lagi...
14 Februari, 2022
Memenuhi undangan
...Ahad 13 Februari 2022, Ain dan mak ke Johan Setia Klang memenuhi undangan Aqiqah cucuanda, doa selamat dan tahlil keluarga pak Mie. Turut hadir keluarga dari Perak iaitu opah, mak tua, kak Ina, kak Eja dan anaknya Zara. Turut hadir acu Lyn sekeluarga dan abang Ejan sekeluarga......... ...Ruang majlis yang luas membolehkan Ain bergerak bebas ke sana ke sini. Enjoi sakan weh! walaupun masih dalam situasi menjaga SOP... ...Ain juga sempat posing-posing......Posing dan posing lagi...
...Majlis disejukkan dengan turunnya hujan membasahi bumi... ......Masa di majlis Ain tak mahu makan, jadi bila sampai rumah barulah kelaparan. Mujur Pak mie dan acik Siti ada beri bekalan lauk dan nasi......

Langgan:
Catatan (Atom)