14 Februari, 2022

Memenuhi undangan

...Ahad 13 Februari 2022, Ain dan mak ke Johan Setia Klang memenuhi undangan Aqiqah cucuanda, doa selamat dan tahlil keluarga pak Mie. Turut hadir keluarga dari Perak iaitu opah, mak tua, kak Ina, kak Eja dan anaknya Zara. Turut hadir acu Lyn sekeluarga dan abang Ejan sekeluarga......... ...Ruang majlis yang luas membolehkan Ain bergerak bebas ke sana ke sini. Enjoi sakan weh! walaupun masih dalam situasi menjaga SOP... ...Ain juga sempat posing-posing......Posing dan posing lagi...
...Majlis disejukkan dengan turunnya hujan membasahi bumi... ......Masa di majlis Ain tak mahu makan, jadi bila sampai rumah barulah kelaparan. Mujur Pak mie dan acik Siti ada beri bekalan lauk dan nasi......