13 Mei, 2024

Sanah Helwah to Me

13 Mei 2024...Sanah Hekwah to me. Kek dari anak bongsu (Aisyah @adik Ain)...__________________Saya bersama cucuanda ke 3 yang lahir pada 2 Syawal yang lepas...

11 Mei, 2024

Balik Kampung Nak Tengok Cucuanda Baru

Petang Jumaat 10 Mei 2024, balik kampung nak tengok cucuanda baru yang lahir pada 2 Syawal yang lepas. Masa diKelantan haritu kami tak dapat tengok sebab dia di tahan dalam wad NICU. ... Singgah bermalam di rumah opah Ain.. Pagi esoknya baru kami ke Seri Iskandar...Jumpa cucuanda bertiga.. Raykal, Rayan dan Raihan...

05 Mei, 2024

Ain Memeriahkan Program INPIRE I-TALENT SIRI 2 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024

Sabtu 4 Mei 2024, seawal jam 7.30 pagi saya dan Ain bergerak ke Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan  OKU (PLPP) Bangi untuk memeriahkan program INPIRE I-TALENT SIRI 2 PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2024 anjuran KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR dengan kerjasama Red Giant Ping Pong Disabled Club. Tujuan program  mencungkil bakat-bakat baru golongan OKU untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet paralimpik negara  ......Terdapat enam acara yang ditawarkan iaitu para olahraga, para catur, boccia, para badminton, para lawn bowl dan para powerlifting Usai pendaftaran peserta kami masuk ke dalam dewan untuk memulakan program. Dimulai ucapan ringkas dari encik Amrol Bin Ambia Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Selangor dan diikuti riadah santai......Kemudian sesi menguji bakat  didahulukan dengan memberi pengenalan tentang sukan  Boccia......Sebelum program berakhir, kami bergambar...

03 Mei, 2024

Ain di Home Spa Ice Therapy/CVT

Alhamdulillah harini Khamis 2 Mei 2024 dapat bawa Ain ke Home Spa Ice Therapy/CVT untuk mandian air bergaram. Kami maduk kolam jam 11.14 pagi......Seronok Ain berenang hari ini. Enjoy sakan dia... .. Jam 12 tengahari kami keluar kolam. Usai membesihkan diri kami siap-siap untuk membeli produk kepetluan Ain...