31 Julai, 2023

Jalan-Jalan Cari Makan

Sabtu 30 Julai 2023, kami berempat beranak singgah sarapan di Warung Dinyati Roti Canai Pelangi Kg. Sungai Yu Kuala Selangor. Kemudian kami gerak ke Teluk Intan untuk melawat kawan ayah Ain di hospital Teluk Intan...
...Usai melawat kawan ayah Ain, kami singgah di Kilang BUKO RATU Ika di Kuala Selangor sekali jumpa dan bergambar dengan Ika pemilik dan pengasas Buko Ratu. Dapat beli 7 perasa, Alhamdulillah. Dah lama teringin nak rasa Buko Ratu Ika ni. Akhirnya...dapat juga 🤲🏻 Dalam kete kami dah makan Boko Ubi Leleh.. sedap weh... ...Kemudian sebelum balik kami singgah makan di MYE (Warung celup tepung) viral..kat Jeram Selangor...

28 Julai, 2023

Hari Terakhir Sirkit 1 Boccia

Pagi Rabu 26 Julai 2023, kami berdua le Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan Kuala Lumpur untuk menyaksikan pertandingan akhir pingat emas dan pingat perak bagi BC1 dan BC2......Usai pertandingan, acara penyampaian pingat dimulakan. Masa ni semua ambil peluang untuk berposing kenangan......Macam biasa sebelum meninggalkan gelanggang sirkit semestinyalah bergambar dengan atlet berdua ni...Syafiq (BC2 MSN) dan Dale (BC2 Boccia Sarawak)...