ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
28 April, 2022
Kembali ke Nur Ain Agro Farm Dari TBS
Khamis 28 April 2022 bersamaan 26 Ramadhan 1443...saya dan Ain bertolak balik dari TBS ke Perak (Nur Ain Agro Farm). Kerana mengantuk sangat kami singgah rehat di hentian rehat Behrang Perak...
25 April, 2022
Ain happy di Kolam Renang Home Spa Ice Therapy/CVT
Ahad 24 April 2022 bersamaan 22 Ramadhan 1443. Allahuakbar...cantiknya aturan Allah. Sepatutnya semalam Sabtu 23 April (21 Ramadhan) saya plan nak bawa Ain mandi di kolam ni tapi kerana cuaca sejuk (hujan diawal pagi) saya tunda ke hari ini Ahad 24 Apri (22 Ramadhan). Baru saya perasan tarikh ni, 22 Ramadhan merupakan tarikh lahir Ain dalam takwim Islam. Ain lahir pada hari Jumaat 22 Ramadhan 1417. Sanah Helwah Ain Ramadhania @ Nur Ain. Semoga Ain sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, aamiin. Jam 11.10 pagi kami sampai di Home Spa Ice Therapy...... ...Enjoy betul Ain berenang. Ceria sungguh dia...Yalah dah lama tak turun ke sini. Seperti biasa saya melepaskan pelamping lengan Ain untuk beri peluang dia mengapungkan diri...tengok, ok tak!!! ......Nampak lagi keyakinan diri Ain masih tinggi. Tiada rasa takut..senyum je dia sambil menggerakkan kakinya. Usai itu saya memasangkan semula pelamping lengan Ain. Habis satu kolam Ain jelajah. Ajak naik tak mahu. Dia siap main buih air yang keluar dari lantai kolam...... ......Sebelum meninggalkan home spa saya membeli beberapa produk CVT yang kami perlukan. Kami sampai rumah hampir jam 2 petang......
22 April, 2022
Tetiba kembali ke RDA POLO CLUB
Alhamdulillah harini Khamis 21 April Ain dan geng bekas rider dipanggil hadir ke POLO CLUB untuk perjumpaan sambil ambil video atas kuda dan interview dengan Anak dan parents bagi projek SUCSESS STORY. Sampai je depan pintu masuk utama Polo Club...Ain sudah teruja. Walaupun sudah 2 tahun lebih tidak datang sini Ain masihingat tempat ni......Harini saya akan ditemubual oleh cik Ziana. Usai sesi video temubual kami berkumpulbdi arena untuk sesi ambil video rider naik kuda...... ... ...Selesai semua rider naik kuda kami semua masuk dalam arena untuk sesi bergambar ramai-ramai......Sebelum balik saya dan Ziana mengambil video Ain sedang berjalan di lapangan parking kereta ahli club... ...
21 April, 2022
Balik ke TBS
Tengahari Isnin 18 April 2022 saya dan Ain ke rumah opah Ain untuk berbuka puasa dengan opah Ain. Kawasan tanah opah dah macam taman bunga......
Esonya Selasa 19 April 2022 bersamaan 17 Ramadhan 1443 (Nuzul Quran) saya dan Ain berangkat balik ke rumah kami di Taman Bukit Serdang Selangor. Dalam perjalanan dari Perak ke Selangor, kami berhenti rehat di hentian sebelah Rawang..
...Jam 1.36 petang kami sampai TBS......
...Jam 1.36 petang kami sampai TBS......
Langgan:
Catatan (Atom)