20 Ogos, 2018

Mini Game Vs Makan-makan

Ahad 19 Ogos 2018, PBS mengadakan Mini Game yang disertai pemain lama dan baru. Ada versi makan-makan dan suprise birthday untuk Kapten Boccia...

19 Ogos, 2018

Sesi Training Frame Football

Sabtu 18 Ogos 2018, Sesi training frame football selama 1 jam dari 4 petang hingga 5 petang di Forum 19 PJ. Hari ini pelajar-pelajar dari UNIKL & SMKBBS Volunteers menyertai aktiviti kami. Seperti biasa setiap kali sesi training Frame Footbal Ain kelihatan teruja dan bersemangat sungguh......Ain kelihatan semakin berkeyakinan cuma masih perlu memahirkan diri untuk kontrol tayar depan walkernya. Mesti berlatih menendang lebih kuat. Juga fokus pada bola. Setakat ini..arahan- arahan Ain bisa memahami..tapi masih belum boleh mengatasi ketangkasan adik-adik yang sudah kuat berjalan dan berlari...lantaran kaki kiri Ain belum cukup kuat...
...
...Hari ini Ain diberi peluang berada dalam kumpulan adik-adik yang bergerak pantas dan ini sungguh menguji keupayaannya, tetapi ianya lebih membantu Ain untuk lebih agresif...
...Usai training kami bergambar kenangan dan diikuti acara menerima cenderahati......Sampai di rumah Ain berbaring kerana kepenatan...

Sesi Training di PKSP Kg.Pandan KL


....Sabtu 18 Ogos 2018, 9 pagi hingga 12 tengahari...sesi training bersama beberapa pemain PBS di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan Kuala Lumpur...  

14 Ogos, 2018

Training Vs Durian, Manggis Dan Cendol

Selasa 14 Ogos 2018, hari ini training lain macam sikit sebab ada buah durian, manggis dan cendol. Sambil training sambil makan-makan. Terima kasih kepada yg sponser. Terima kasih daun keladi naaa...