28 Disember, 2023

Terapi Air (Berenang) sesi Pertama.

Rabu 27 Disember 2023, kami ke Tropicana Aman Recreational Hub untuk aktiviti terapi air (berenang) bersama new volunteer..sesi pertama untuk second pakej...

26 Disember, 2023

Sarapan pagi di Gazebo Abg Nash

Selasa 26 Disember 2023...dari rumah di Taman Universiti Seri Iskandar kami singgah melihat rumah kampung di Kg.Kepala Pulau Layang-Layang Kanan yang pernah beroperasi sebagai Nur Ain Agro Farm. Sedih tengok.tempat ni....banyak modal yang telah dilaburkan di sini tapi akhirnya tinggal papan tanda saja. Sebagaimana berakhirnya riwayat hidup Mawar dan Melor kambing pertama Nur Ain Agro Farm..begitu juga berakhirnya angan-angan menjadi pembekal kambing-kambing. Kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang hanyalah Allah SWT......Selamat tinggal kenangan suka-duka dan luka di Nur Ain Agro Farm. Kami bergerak pula untuk bersarapan. Kami memilih ke GaZeBo Abg Nash yang terletak di Kg.Sri Rahmat Batu Gajah... 
Di Gazebo Abg Nash kami disantuni dengan baik oleh pemiliknya, siap minta bergambar sekali dan juadah yang kami makan dapat diskaun, Alhamdulillah . Semoga Gazebo Abg Nash ini akan berkembang maju, aamiin...

25 Disember, 2023

Meraikan Dua Walimatul Urus

Ahad 24 Disember 2023, kami berempat beranak (saya, en.suami, Ain dan Aisyah) ke Hotel Sfera di Manjung untuk meraikan walimatul urus anak kawan ayah Ain......Macam biasa lee...lepas menjamu selera pastinya posing untuk buat kenangan. Berkesempatan juga berfoto dengan pasangan pengantin baru. Didoakan semoga keduanya kekal bahagia hingga ke Jannah, aamiin......Sebelum meninggalkan tempat majlis, berposing-posing lagi hihihi...___________________________________________________________________________________
Kemudian kami bergerak ke Kampung Kepala Pulau Layang-Layang Kanan untuk meraikan walimatul urus kenalan kampung pula...

23 Disember, 2023

Memenuhi Undangan Walimatul Urus

Sabtu 23 Disember 2023...sebelum ke Seri Iskandar untuk memenuhi undangan walimatul urus anak kawan sekolah ex.smst..kami bersihkan keliling rumah opah Ain. Musim-musim hujan ni rumput dan lalang cepat naik. Anak-anak semua duduk jauh. Biasanya opah Ain akan upah orang mesinkan. Nii kami ada balik dan ada masa, jadi sempat le mesinkan yang keliling rumah.....Sabtu 23 Disember 2023...
...Kemudian kami bergerak balik ke rumah di Bandar Universiti...

22 Disember, 2023

Balik Kampung - Singgah Makan Di Warung Che Bunga

Pagi Jumaat 22 Disember 2023, kami berempat beranak bertolak balik ke Perak. Sebelum tu kami singgah sarapan di Warung Che Bunga, Sg. Buluh... ...Usai makan kami meneruskan perjalanan  balik ke rumah opah Ain.