08 Disember, 2023

Ain di Home Spa Ice Therapy (CVT)

Pagi Khamis 7 November 2023, saya dan Ain ke Home Spa Ice Therapy (CVT). Dari rumah wajah Ain muram je. Sejak semalam Ain kurang sihat...badannya dedo. Tapi... sesampainya depan HOME SPA (CVT) wajahnya mula ceria dan tersenyum-se nyum...siap buka pintu kereta. Kuat tarikan tempat ni...walaupun seringkali diuji...ada je halangan tiap kali plan nak bawa Ain ke sini. Alhamdulillah...harini Ain buat terapi/rawatan dalam kolam renang air bergaram. Sebelum masuk kolam mesti posing dulu......Happy sunguh dia dapat buat aktiviti ini. Berenang ke sana ke mari...    ....Ain dah boleh duduk di situ dengan baik...Maknanya Ain dah tinggi. Dia cuba bangun untuk berdiri dan dengan bantuan dia dapat berdiri. Kemudian saya tanggalkan pelampung lengannya dan tukar aktiviti...suka dia dengan aktiviti ini...  ...Usai aktiviti di kolam renang, saya membeli produk keperluan Ain...pastinya Sejuta Wajah, NW dan Kopi Aqlan. Jam 1 tengahari kami meninggalkan Home Spa...