29 Disember, 2022

Kembali ke TBS

Pagi Selasa 27 Disember, 2022 kami bawa opah Ain ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk temujanji Klinik Pakar ENT... ...Usai jumpa doktor dan ambil ubat, kami gerak balik. Singgah di kedai Idli beli juadah makan tengahari. Jam 3.45 petang kami gerak balik ke Taman Bukit Serdang (TBS) Seri Kembangan Selangor......Kami sampai di TBS dalam jam 8 malam, selepas menempuh jem yang panjang dibeberapa area di lebuhraya PLUS. Dalam keadaan biasa, perjalanan cuma mengambil masa dalam 2 jam saja.

26 Disember, 2022

Santai di Nur Ain Agro Farm

Isnin 26 Disember 2022, gelagat Raykal melayan wan nyah Ain...bagi wan nyahnya makan maruku.. Jam 1.30 tengahari, kami gerak ke Nur Ain Agro Farm. Dah lama kami tak balik sini...
...Kambing-kambing yang dilepaskan......Meninjau ikan talapia merah dan Ain dengan durian buah dari pokok yang baru belajar berbuah.....

Balik Kampung dan Hadiri Kenduri

Jam 3 petang Jumaat, 23 Disember 2022 saya tiga beranak bertolak balik ke Perak. Kereta dipandu oleh adik Ain 'Aisyah'......Kami bermalam di rumah opah Ain. Harini pertama kali kami dapat jumpa adik Raykal iaitu Rayyan yang baru nak masuk usia 2 bulan. _______________________________ Sabtu, 24 Disember 2022...kami bergerak ke Bagan Datuk untuk menghadiri majlis walimatulurus kawan ayah Ain......Jam 3 petang kami beredar dari majlis menuju ke SABDA (Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh) sekolah lama adik Ain dan ronda-ronda sekejap di pekan Bagan Datuk......Kemudian kami singgah sekejap di tempat bersejarah negeri Perak iaitu Jeti Beting Beras Basah...
Dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar saya sempat snap beberapa permandang kiri kanan jalan...
...Jam 7.00 kami sampai rumah.