10 Disember, 2022

HadirJemputan Sambutan Birthday Penaung RDA

Alhamdulillah harini Khamis 8 Disember 2022 saya dan Ain berkunjung ke Polo Club bagi memenuhi undangan dari pihak RDA untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Azureen...(Penaung RDA Malaysia). Sebelum itu ada Gymkhana Fance dress di arena...tapi kami tak sempat tengok, kelewatan sampai...acara dah nak habis. Jadi kami berdua beranak terus je ke rumah club...

...Ketibaan YTM dan kemudian diikuti ucapan dari Pengerusi RDA Malaysia...
...Diikuti penyampaian hadiah untuk peserta Gymkhana Fance dress dan penyerahan sumbangan. Kemudian disusuli acara potong kek birthday......Ain mengambil peluang bergambar dengan adik Zuhayr dan Aleeya. Bukan main happy lagi Ain tu dapay pegang piala. Macam dia yang masuk bertanding pula 😂😂😂. Tqvm adik zuhayr and Umm zuhayr bagi pinjam piala tu dekat kak Ain. TAHNIAH Zuhayr dapat tempat pertama. Alhamdulillah...uncle Muthu hadiahkan Ain pingat walaupun Ain tak masuk bertanding...TQVM en. Muthu...