29 November, 2023

KARNIVAL OKU MBPJ-KBS NEGERI SELANGOR

Menyertai KARNIVAL OKU MBPJ-KBS NEGERI SELANGOR...25 hingga 26 November 2023 bertempat di Kompleks Sukan Kelana Jaya... ...Hari pertama Sabtu 25 November 2023. Dimulai majlis perlancaran karnival yang dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, YBhg. Tuan Aznan bin Hassan (A.I.S). Majlis turut juga dihadiri Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Puan Azura Hj Sarbin, Encik Amreen Zaki bin Johar, Ketua Cawangan Penggalakan Sukan, Majlis Sukan Negara. Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KBS Malaysia, Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Negeri Selangor Persatuan Renang Para Selangor...  ...Usai majlis perasmian diikuti Seminar Bual Bicara berkaitan 'Faedah Sukan Sebagai Satu Terapi Pemulihan Kesihatan & Peluang Menjadi Atlet Para'...
...Kemudian saya dan Ain masuk ke dewan yang menempatkan gelanggang BOCCIA. Ada sesi pemilihan atlet pelapis dan acara pertunjukan merangkap vs pertandingan untuk BC3......Harini Ain ketemu kawan sekolah Ain iaitu Fatin Amirah yang turut hadir ujibakat untuk sukan memanah...________________________________________________________________________________ Hari kedua Karnival Ahad 26 November 2023...Ain juga terlibat dalam pertandingan untuk sukan BOCCIA. Seawal pagi kami dah sampai di Dewan D'Kelana. Apa-apa posing dulu......Sebelum pertandingan, taklimat berkaitan pertandingan diberi. Khusyuk semua peserta mendengarnya... Tengahari semua perlawanan selesai. Penyampaian hadiah (pingat) diadakan. Alhamdulillah Ain memenangi tempat kedua pingat perak dan wang kemenangan...
...Selesai penyampaian pingat kami gerak balik dan sambung posing di rumah...  iv>