31 Mei, 2022

Ke Penang kita - Aktiviti santai (Part 3)

Jam 3 petang kami beredar meninggalkan Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM untuk makan tengahari...perut pun sudah berkeroncong sangat......Usai makan kami kembali semula ke USM dan lepak santai di padang berhampiran dewan konvo tadi. Lepak bukan sebarang lepak..lepak untuk berposing sakan weh 😂😂😂......Masing-masing posing sakan weh😂😂😂...

30 Mei, 2022

Ke Penang Kita - Konvo adik (Part 2)

Selepas melalui tahun-tahun yang mencabar kerana covid, Akhirnya, tanggal Jumaat 27 Mei 2022 berlangsunglah Upacara Konvokesyen ke 59 Universiti Sains Malaysia di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM Pulau Pinang. Alhamdulillah..Ain dapat masuk ke dalam dewan untuk bersama-sama meraikan majlis konvo adiknya Aisyah......
...Aisyah naik pentas......
.........Usai majlis kami bergambar di luar dewan...
...Kemudian kami bergerak meninggalkan dewan untuk makan tengahari. Perut pun sudah berkoroncong kerana pagi tadi kami tak sempat bersarapan pagi kerana Aisyah kena ada di USM dalam jam 8 pagi. Dari hotel kami tersangkut jem kerana itu time orang keluar untuk bekerja.