30 September, 2022

Ain di Home Spa Ice Therapy/CVTHQ

Khamis 29 September 2022, Alhamdulillah, hari ini usai hantar adik Ain...Aisyah ke tempat kerjanya di Glamarie, kami terus ke Home Spa Ice Therapiy (CVTHQ). Agak lama juga tak bawa Ain buat terapi di kolam renang Home Spa Ice Therapi - CVTHQ ni. Ada datang ke sini tapi cuma beli produk keperluan Ain je tak sempat turun kolam...Kenal sangat Ain tempat ni. Parking je kete Ain terus buka tali pinganggnya dan cakap. "cepattt.." Hohoho..Ain bikin mak kelam kabut je. Kami terus ke bilik air menukar baju untuk masuk kolam...
...Hari ni Ain dah mahu masukkan mukanya ke dalam air walaupun hanya untuk beberapa saat je...dia masih takut-takut tapii... diakui memang sukar bagi Ain, itu sebabnya Ain selam pakai full face mask...
...Usai mandi saya membeli produk keperluan Ain...

24 September, 2022

Nonton Filem JUANG Bersama Team Volunteers AkudaKids

Alhamdulillah, walaupun kami sudah tidak bersama beraktiviti dengan kuda, tapi sesekali kami kembali bersama untuk aktiviti yang lain. Dengan usaha Dr.AJ dan team volunteer akuda kids...akhirnya Rabu 21 September 2022 sekali lagi geng Akuda Kids dapat berkumpul dan menonton wayang filem JUANG yang turut diwarnai artis kami cik Siti Latifah....Terima kasih Dr.AJ. Terima kasih cik Aarya belanja tiket dan makan-makan. Terima kasih semua... ...
...Usai menonton kami pegi makan. Tqvm semua. Ada kesempatan kita berkumpul lagi, aamiin...
...Haa..inilah artis serba boleh kami. Didoakan semoga penglibatan beliau dalam seni...senilakon, seni silat dan memanah berkuda akan terus berkembang dengan jayanya, aamiin ya Allah ya Mujib...

19 September, 2022

Sabtu, 17 September 2022 kami ke Tropicana Aman Recreational Hub lagi. Hari ini Ain, Janna dan saya ada temujanji untuk aktiviti Full Face Mask (FFM) Scuba Tryouts...

...Gabungan video... ...Sebelum pulang kami bergambar kenangan. Tqvm kepada semua yang terlibat. Semoga aktiviti ini akan ada kesenambungannya, aamin ya Allah ya Mujib...

12 September, 2022

Dua Majlis Yang Sangat Bermakna

Sabtu, 3 September 2022 Majlis Ilmu & Hi-Tea CVT dan Selasa 6 September 2022 Diveheart Charity Dinner...

11 September, 2022

Diveheart Charity Dinner

Alhamdulillah...Selasa 6 September 2022 saya dan Ain menghadirkan diri di Diveheart Charity Dinner yang berlangsung di Talia World Subang. Sebelum tu kami berdua beranak singgah di Home Spa Ice Therapy (CVT) untuk mengambil hadiah cabutan bertuah semasa Majlis Ilmu Dan Hi-Tea CVT......Usai itu kami bergerak ke Talia World dan kami sampai awal. Sengaja saya bajed sampai awal walaupun jemputan bermula  jam 7 malam kerana saya kurang mahir jalan area majlis itu. Kami lepak dan posing-posing di luar dulu......Setelah beberapa tetamu sampai, saya membawa Ain masuk ke dalam dewan dan kami di tempatkan di meja no.4...
...Jam 7.25 malam muncullah wajah-wajah yang ditunggu-tunggu. Wah....segak bergaya mr. Jim Elliott Founder & Presiden Diveheart International. Bersama beliau ada juga Y.bhg. Dato' Hajjah Nuzarina binti Sepran (Caunsellor of Persatuan Gagasan Sukarelawan SeMalaysia, Chairman of the WANITA PERKIM PERMATA AMPANG)......Usai bergambar dgn Dato', Mr. Jim datang berjumpa dengan Ain dan tetamu-tetamu yang lain. Rasa sedih pula sebab esok mr. Jim akan balik ke negaranya. saya bagitau Ain..."Pagi esok mr. Jim nak balik rumah dia.". Airmuka Ain berubah. Matanya kemerahan tanda-tanda airmatanya nak keluar...ketara sangat riaksi wajah Ain. Saya tahu Ain sedih......Setelah tetamu-tetamu VIP sampai, majlis dimulai doa, diikuti ucapan alu-aluan dari Ybhg.Dato' Hajjah Nurzarina, Professor Dr.Nazirah Hasnan p.c.m.(Diveheart Medocal Advisor & Director PPUM) dan ucapan pembukaan dari mr. Jim Elliott. Usai itu pemotongan kek dan diikuti nyanyian lagu kebangsaan 'Negaraku' dan jalur gemilang...
...Usai itu dinner in pun dimulakan......Sambil makan kami disajikan dengan beberapa slide aktiviti scuba dan dihiburkan dengan beberapa persembahan. Bila ada muzik dan nyanyian Ainlah yang terlebih enjoy 😂😂😂. Lupa diri dia weh! Sabor jelaa tengok gelagat Ain malam ni 😂😂😅
......Terhibur kami dengan gelagat artis dengan para hadirin...paling seronok tengok part ajar ikut langkah bersilat. Juga part mr. Jim menari. Klik video di bawah. Best kan...pandai mr. Jim menari....

...Sebelum bersurai kami bergambar buat kenangan...
... Akhir kalam...Tqvm pada pihak penganjur, Kapt.Syed dan semua yang terlibat melaksanakan Charity Dinner ini...tqvm. Semua happy- happy aje terutama si Ain tu. Dia dah terlebih happy. Apa-apa pun, Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar.